Perhilitan tumpas kegiatan buru burung ruak-ruak, ayam-ayam

Anggota Perhilitan memeriksa jaring digunakan untuk menangkap burung berkenaan.
Anggota Perhilitan memeriksa jaring digunakan untuk menangkap burung berkenaan.
A
A
A

SABAK BERNAM - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Selangor menumpaskan kegiatan memburu burung ruak-ruak dan burung ayam-ayam secara haram di kawasan sawah padi di Simpang Lima, Sungai Besar di sini pada Jumaat lalu.

Pengarahnya, Wan Mohd Adib Wan Mohd Yusoh berkata, perkara itu dikesan pihaknya yang menjalankan rondaan pencegahan jenayah hidupan liar kira-kira jam 8 malam.

Menurut beliau, serbuan dilakukan hasil maklumat awam mengenai aktiviti pemburuan spesis burung yang dilindungi mengikut Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716).

Burung yang tersangkut pada jaring berkenaan.
Burung yang tersangkut pada jaring berkenaan.

"Hasil pemeriksaan mendapati terdapat jaring dan peralatan yang digunakan bagi menangkap spesies dua burung itu di sekitar sawah padi berkenaan," katanya ketika dihubungi pada Isnin.

Wan Mohd Adib berkata, dalam operasi itu juga, pihaknya turut menyelamatkan lima burung spesis lain yang tersangkut pada jaring.

Menurut beliau, kesemua peralatan dan jaring itu dirampas pihaknya bagi tindakan lanjut.

Sebahagian peralatan yang dirampas Perhilitan di kawasan sawah padi di Simpang Lima, Sungai Besar pada Isnin.
Sebahagian peralatan yang dirampas Perhilitan di kawasan sawah padi di Simpang Lima, Sungai Besar pada Isnin.

Artikel Berkaitan:

"Tiada penahanan individu dilakukan dan kita percaya jaring itu diletakkan di kawasan berkenaan beberapa hari sebelumnya," tambah beliau.

Jelas beliau, kesalahan itu diklasifikasikan mengikut Seksyen 60 Akta Pemuliharaan Hidupan Liar (Pindaan 2022) yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun.

Sehubungan itu, katanya, orang ramai diminta mendapatkan lesen memburu hidupan liar secara sah dengan Perhilitan bagi mengelak dikenakan tindakan.

"Rata-rata masyarakat masih tidak mengetahui tindakan menangkap hidupan itu terutama spesis dilindungi adalah salah di sisi undang-undang," ujar beliau.