Hujan lebat berterusan tahap waspada di beberapa negeri hingga esok

Amaran itu membabitkan seluruh kawasan di Perlis, Kedah dan Pulau Pinang serta beberapa kawasan di Perak, Terengganu dan Kelantan. - Gambar hiasan
Amaran itu membabitkan seluruh kawasan di Perlis, Kedah dan Pulau Pinang serta beberapa kawasan di Perak, Terengganu dan Kelantan. - Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Hujan berterusan tahap waspada dijangka melanda beberapa negeri hingga esok.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan amaran itu membabitkan seluruh kawasan di Perlis, Kedah dan Pulau Pinang serta beberapa kawasan di Perak, Terengganu dan Kelantan.

Di Perak melibatkan Kerian; Larut, Matang dan Selama serta Manjung manakala Terengganu di Besut dan Setiu.

Di Kelantan pula melibatkan Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh. - Bernama

Artikel Berkaitan: