Pahang pastikan alam sekitar, flora dan fauna dijaga

Fadzli (tengah) turut serta mengecat tayar pada Program Anak Muda Pahang Sayang Bumi di Pantai Anak Air pada Sabtu.
Fadzli (tengah) turut serta mengecat tayar pada Program Anak Muda Pahang Sayang Bumi di Pantai Anak Air pada Sabtu.
A
A
A

KUANTAN - Kerajaan Pahang akan memastikan alam sekitar, flora dan fauna di negeri ini dijaga sebaiknya.

Exco Komunikasi dan Multimedia, Belia dan Sukan dan Badan Bukan Kerajaan Pahang, Fadzli Mohamad Kamal berkata, bagi tujuan itu, kerajaan Pahang melalui Yayasan Pahang dengan kerjasama Kolej Yayasan Pahang Advanced Skills mengambil inisiatif menganjurkan Program Anak Muda Pahang Sayang Bumi.

Menurutnya, ia bagi memupuk kesedaran orang ramai khususnya anak muda untuk menyayangi dan menyelamatkan bumi.

"Kita lihat kerjasama baik daripada pelbagai agensi juga memberi nilai tambah kepada program berkenaan dalam meningkatkan kesedaran dalam kalangan belia dan anak muda mengenai kepentingan menjaga alam sekitar.

Fadzli (tengah) melihat peserta pertandingan mewarna pada Program Anak Muda Pahang Sayang Bumi di Pantai Anak Air pada Sabtu.
Fadzli (tengah) melihat peserta pertandingan mewarna pada Program Anak Muda Pahang Sayang Bumi di Pantai Anak Air pada Sabtu.



"Kita harap semangat ditunjukkan sepanjang program itu sejak 28 Oktober lalu, dapat diteruskan di lokaliti (kawasan) masing-masing selepas program berakhir. Kalau boleh teruskan usaha untuk menjaga alam sekitar kerana ia adalah sangat penting untuk generasi hari ini dan juga generasi akan datang," katanya ketika berucap pada majlis penutup Program Anak Muda Pahang Sayang Bumi di Pantai Anak Air dekat sini pada Sabtu.

Fadzli hadir sebagai wakil rasmi Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Kira-kira 700 peserta mengambil bahagian pada program itu yang bermula jam 7.30 pagi dan pelbagai aktiviti diadakan di sepanjang Pantai Anak Air sempena program berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, Fadzli berkata, pengaplikasian elemen jaga dan bersih dilihat dapat menangani masalah pencemaran alam sekitar dan ia turut diselitkan dalam program ini.

Fadzli bersama agensi dan peserta yang terlibat dalam Program Anak Muda Pahang Sayang Bumi di Pantai Anak Air pada Sabtu.
Fadzli bersama agensi dan peserta yang terlibat dalam Program Anak Muda Pahang Sayang Bumi di Pantai Anak Air pada Sabtu.

Jelasnya, aktiviti yang dilaksanakan seperti kempen penanaman pokok sambil beriadah selari dengan Program Penghijauan Malaysia melalui Kempen Penanaman 100 Juta Pokok di seluruh negara di bawah Rancangan Malaysia ke-12.

"Selain daripada elemen cintai alam sekitar, program ini juga memberi penekanan kepada aspek 'dari komuniti kepada komuniti' di mana kita

menggalakkan komuniti memberi sumbang bakti kepada komuniti yang lain.

"Ini dapat dilihat apabila komuniti setempat memberikan kerjasama padu dalam menjayakan aktiviti yang mampu memberi manfaat kepada komuniti yang lebih besar melalui aktiviti seperti trash to cash, mengecat kawasan jeti, pertandingan mengecat dan menghias tayar terpakai, mewarna dan sebagainya," ujarnya.