Kayuhan Gaza nyatakan sokongan buat rakyat Palestin

Aktiviti kayuhan amal antara aktiviti diadakan demi memberi kesedaran dan menyuntik kesedaran tentang Palestin pada program Himpunan Solidariti Pembebasan Palestin.
Aktiviti kayuhan amal antara aktiviti diadakan demi memberi kesedaran dan menyuntik kesedaran tentang Palestin pada program Himpunan Solidariti Pembebasan Palestin.
A
A
A

ALOR SETAR - Seramai 100 peserta menyertai kayuhan amal Palestin demi menyatakan sokongan dan solidariti terhadap perjuangan rakyat Palestin di Gaza melalui program Himpunan Solidariti Pembebasan Palestin.

Timbalan Pengerusi Himpunan Solidariti Pembebasan Palestin (GSPP Kedah/Perlis), Adli Azimi Abdul Rahman berkata, peserta melakukan aktiviti berbasikal dikenali Kayuhan Gaza bersempena himpunan itu sejauh 50 kilometer (km) bermula di Masjid Sultanah Bahiyah, di sini.

"Selain kayuhan amal, pelbagai aktiviti dijalankan sepanjang program himpunan bermula dengan solat subuh berjemaah, kuliah subuh berkaitan Ibrah Taufan Al-Aqsa serta demo masakan nasi maqlubah yang merupakan hidangan yang simbolik dengan kemerdekaan Palestin.

"Antara aktiviti lain turut dilaksanakan termasuklah usrah wanita, kombat memanah,selain ada pertandingan mewarna dan juga doodle Palestin oleh Ustaz Kartun untuk kanak-kanak, "katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.

Adli Azmi turut memberitahu, hujan lebat juga tidak menghalang penganjuran beberapa aktiviti lain termasuklah projek bendera gergasi Palestin dan konvoi kereta.

Katanya, orang ramai memberi sambutan amat menggalakkan berikutan kepelbagaian aktiviti disediakan dalam himpunan anjuran pelbagai pihak termasuklah Gabungan Solidariti Pembebasan Palestin dan Masjid Sultanah Bahiyah itu.

Seramai 100 peserta menyertai kayuhan amal sempena program Himpunan Solidariti Pembebasan Palestin di Masjid Sultanah Bahiyah.
Seramai 100 peserta menyertai kayuhan amal sempena program Himpunan Solidariti Pembebasan Palestin di Masjid Sultanah Bahiyah.

Beliau berpandangan, generasi muda perlu faham bahawa isu Palestin ini adalah isu penting umat islam, tanah umat islam dan semua bertanggungjawab dalam Pembebasan Palestin.

Artikel Berkaitan:

Sehubungan itu, katanya, program itu diharap memberi kesedaran tentang tanggungjawab perlu dimainkan semua umat Islam amnya dan di Malaysia khususnya, selain memberikan maklumat terkini berkaitan Palestin.

Menurutnya lagi, program ini juga bertujuan menyuntik rasa prihatin terhadap saudara seagama di Palestin dan masing-masing berusaha untuk menjalankan peranan dalam kemerdekaan Palestin.

Tambah beliau, program ini juga diharapkan dapat mendedahkan kekejaman dan pencabulan hak rakyat Palestin oleh Israel yang telah berlangsung sekian lama.

"Kami juga berharap program ini dapat mengukuhkan jati diri anak muda untuk berpegang teguh dengan syariat islam,"katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau memberitahu, GSPP berjaya menggabungkan lebih 50 badan bukan kerajaan untuk bersama-sama dalam mengangkat naratif Pembebasan Palestin dan bukan sekadar bantuan kemanusiaan.