Sila log masuk terlebih dahulu.

Rakyat Palestin di Malaysia terharu terima sokongan berterusan

25 November 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A

Rakyat Palestin di Malaysia terharu terima sokongan berterusan

BERITA MOJO 25 NOVEMBER 2023

Usaha berterusan yang dilakukan rakyat di Malaysia untuk membela masyarakat di Palestin amat dihargai penduduk Gaza, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.

Perkara itu diakui seorang penduduk Gaza, Mohamad Wael Alzard, bahawa sokongan yang diberikan rakyat Malaysia kepada Palestin meniup semangat masyarakat di sana.

Menurutnya, rakyat Malaysia antara jutaan umat Islam di seluruh dunia yang tidak pernah jemu menyokong perjuangan rakyat Palestin.

Mohamad Wael yang merupakan Pelajar Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) ditemui Sinar Harian sempena program #QuranHour For Gaza anjuran Rumah Ngaji Negeri Perak di Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz di Ipoh pada Sabtu.

ARTIKEL BERKAITAN: https://www.sinarharian.com.my/article/636471/'Abang-saya-di-Gaza-kirim-salam,-ucap-terima-kasih&%23039

#BeritaMojo #SinarHarian