Lelaki pandu melulu, himpit motosikal polis ditahan

Seorang lelaki ditahan selepas dikesan memandu secara melulu dan berbahaya hingga mengakibatkan kecederaan kepada orang awam serta anggota polis di sini pada Jumaat. - Gambar hiasan (Gambar kecil: Mohamed Nordin)
Seorang lelaki ditahan selepas dikesan memandu secara melulu dan berbahaya hingga mengakibatkan kecederaan kepada orang awam serta anggota polis di sini pada Jumaat. - Gambar hiasan (Gambar kecil: Mohamed Nordin)
A
A
A

MANJUNG - Seorang lelaki ditahan selepas dikesan memandu secara melulu dan berbahaya hingga mengakibatkan kecederaan kepada orang awam serta anggota polis di sini pada Jumaat.

Dalam kejadian sekitar jam 5.30 petang itu, lelaki berusia 32 tahun yang memandu pacuan empat roda jenis Toyota Hilux merempuh seorang penunggang motosikal di laluan berhampiran Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Mohamed Nordin Abdullah berkata, kenderaan suspek mengheret motosikal mangsa dalam jarak 100 meter hingga mengakibatkan ia meletup dan terbakar.

Menurutnya, seorang pegawai polis yang melihat kejadian itu cuba menahan kenderaan tersebut kerana bimbang suspek bertindak lebih agresif kepada orang awam, namun tidak berjaya apabila kenderaan memecut laju.

"Polis kemudiannya mengejar kenderaan suspek dengan menaiki motosikal sehinggalah sampai ke lampu isyarat persimpangan sebuah pasar raya di kawasan Manjung.

"Suspek diarahkan untuk memberhentikan kenderaan tetapi enggan sebelum bertindak menghimpit motosikal polis menyebabkan mereka terjatuh dan mengalami luka di seluruh tubuh badan," katanya dalam kenyataan di sini pada Sabtu.

Beliau berkata, operasi mengesan suspek berjaya memberkas lelaki itu sekitar jam 7.30 malam berhampiran Stesen Bas Manjung.

Tambahnya, turut dirampas kenderaan digunakan suspek.

Artikel Berkaitan:

Katanya, siasatan awal mendapati, lelaki berkenaan mengalami masalah kesihatan mental dan kurang siuman.

"Kes dikalsifikasikan sebagai cubaan membunuh dan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan," katanya.