Banjir kilat: 14 keluarga di Kampung Rantau Panjang dipindahkan ke PPS

B. Sivabalan (kiri) mewakili Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad meninjau keadaan semasa bencana banjir di Kampung Rantau Panjang.
B. Sivabalan (kiri) mewakili Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad meninjau keadaan semasa bencana banjir di Kampung Rantau Panjang.
A
A
A

KUALA SELANGOR - Seramai 14 keluarga terjejas dalam kejadian banjir kilat di Kampung Rantau Panjang, Bestari Jaya di sini dipindahkan pada Jumaat.

Mangsa terbabit ditempatkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Balairaya Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Rantau Panjang.

Jurucakap Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Kuala Selangor berkata, kebanyakan mangsa yang dipindahkan tinggal berhampiran dengan jambatan di kampung itu.

"Pagi ini B. Sivabalan mewakili Ahli Parlimen Kuala Selangor Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad meninjau keadaan semasa bencana banjir di Kampung Rantau Panjang.

"Beberapa buah rumah terlibat banjir akibat hujan lebat berterusan di Hulu Selangor dan Gombak serta limpahan sungai di kawasan rendah," katanya pada Jumaat.

Mangsa terjejas dalam kejadian banjir kilat di Kampung Rantau Panjang, Bestari Jaya dipindahkan pada Jumaat.
Mangsa terjejas dalam kejadian banjir kilat di Kampung Rantau Panjang, Bestari Jaya dipindahkan pada Jumaat.

Perkembangan itu dikongsi di laman Facebook Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Kuala Selangor selepas B Sivabalan mengadakan kunjungan ke lokasi pada jam 8.30 pagi.

Tambahnya, mangsa akan dipindahkan ke PPS Dewan Bestari Jaya jika jumlah mangsa yang terjejas terus meningkat di kawasan berkenaan.

Artikel Berkaitan: