'Henti keluarkan lesen senjata api selama 12 bulan'

Thailand juga mempertimbangkan larangan untuk membawa senjata api di tempat awam. - Foto AFP
Thailand juga mempertimbangkan larangan untuk membawa senjata api di tempat awam. - Foto AFP
A
A
A

BANGKOK - Menteri Dalam Negeri Thailand, Anutin Charnvirakul menandatangani perintah untuk menghentikan pengeluaran lesen senjata api untuk tempoh selama 12 bulan.

Menerui laporan Bangok Post pada Khamis, arahan digelar Por 12 itu bertujuan mengekang keganasan senjata api dan telah dikemukakan kepada Perdana Menteri, Srettha Thavisin untuk diluluskan.

"Larangan itu akan berkuat kuasa sehari selepas ia diumumkan Warta Diraja," menurut jurnal rasmi kerajaan.

Langkah kawalan senjata api itu bagaimanapun mengecualikan anggota keselamatan seperti polis.

Pada minggu lalu, Anutin memberitahu beliau mempertimbangkan untuk mengenakan larangan membawa senjata api di tempat awam.

"Pemilik senjata api secara sah hanya boleh berbuat demikian untuk tujuan melindungi diri jika mereka mempunyai permit diperlukan," jelas laporan VietnamPlus.

Sementara itu, Setiausaha Tetap Kementerian Dalam Negeri, Suthipong Chulcharoen berkata, beliau telah mengarahkan gabenor wilayah supaya memaklumkan kepada pendaftar senjata api agar tidak lagi mengeluarkan lesen Por 12.

"Langkah itu juga bagi pengeluaran lesen baharu import dan penjualan senjata api tiruan untuk pemegang lesen sedia ada," ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Kerajaan mengambil langkah tegas susulan peningkatan insiden keganasan senjata api melibatkan seorang remaja berusia 14 tahun yang melepaskan tembakan rambang di pusat beli-belah, Siam Paragon pada awal Oktober lalu.

Baru-baru ini, negara itu sekali lagi digemparkan dengan insiden berbalas tembakan antara geng pelajar di daerah Khlong Toei di Bangkok yang turut meragut nyawa seorang guru. - Agensi