Penilaian Anwar sebagai PM merosot - Kaji selidik Merdeka Center

Datuk Seri Anwar Ibrahim
Datuk Seri Anwar Ibrahim
A
A
A

SHAH ALAM - Kaji selidik Merdeka Center mendedahkan kadar penilaian kelulusan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri merosot kepada 50 peratus.

Hasil kajian tersebut turut mendapati sehingga Oktober lalu, sebanyak 48 peratus responden tidak berpuas hati dengan prestasi Anwar dalam pentadbiran Kerajaan Perpaduan.

“1,220 responden berumur 18 tahun ke atas telah ditemu bual melalui telefon secara tetap dan talian mudah alih.

“Responden kaji selidik adalah daripada semua negeri di seluruh Semenanjung Malaysia merangkumi Sabah dan Sarawak,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Daripada jumlah responden, 52 peratus adalah dari kalangan responden Melayu, Cina (29 peratus), India (tujuh peratus) manakala enam peratus bagi Bumiputera bukan Islam dan Bumiputera Islam.

Tangkap layar kaji selidik Merdeka Center pada Rabu
Tangkap layar kaji selidik Merdeka Center pada Rabu

Dalam pada itu, tinjauan yang sama turut menyaksikan majoriti responden iaitu 48 peratus merasakan bahawa negara berkemungkinan menuju ke arah yang salah.

“Sentimen negatif pengundi berhubung hala tuju negara berikutan kebimbangan terhadap perkembangan ekonomi dan faktor inflasi,” ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Mengulas lanjut, sebanyak 28 peratus responden pula berpandangan bahawa negara mungkin menuju ke hala tuju yang betul.

Dalam perkembangan sama, 18 peratus responden yakin negara menuju ke hala tuju yang salah manakala sembilan peratus tidak tahu atau enggan menjawab soalan berkenaan.

Hanya tiga peratus responden yang yakin bahawa negara menuju ke hala tuju yang betul.