Tentukan pihak bertanggungjawab dalam pengurusan pekerja asing - LKAN

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Sumber Manusia (KSM) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) perlu berbincang dan memutuskan pihak yang akan bertanggungjawab penuh terhadap sistem pengurusan pekerja asing tanpa mengabaikan keperluan semua pihak berkepentingan.

Menurut Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2022, sistem pengurusan pekerja perlu mempunyai ciri-ciri interoperability, scalability dan sustainability (kesalingoperasian, skalabiliti dan kemampanan) bagi melaksanakan proses pengurusan pekerja asing dengan lancar dalam memastikan pengurusan, pemantauan dan kawalan terhadap pekerja asing dapat dilaksanakan dengan berkesan.

Ini susulan pengurusan pekerja asing melalui Sistem Pengurusan Pekerja Asing Bersepadu (ePPAx) dan Foreign Workers Centralised Management System (FWCMS) di bawah KSM didapati tidak memuaskan.

Menurut laporan itu yang dibentang di Dewan Rakyat hari ini, sistem ePPAx dengan kos pembangunan RM19.39 juta tidak dapat digunakan secara optimum kerana penggunaan yang terhad kepada proses syor kuota kelayakan melalui pengeluaran perakuan Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) sahaja.

"Selain itu, proses kelulusan kuota oleh Pusat Kelulusan Setempat (OSC), KDN juga tidak dilaksanakan menggunakan Modul OSC dalam Sistem ePPAx serta keputusan Jemaah Menteri untuk menggunakan FWCMS bagi pengurusan pekerja asing.

"Terdapat juga kelemahan dalam pengurusan Sistem ePPAx iaitu tetapan sistem diubah dan permohonan kuota dibuat di luar tempoh Program Rekalibrasi Tenaga Kerja (RTK),” menurut laporan itu.

Dalam pada itu, pencapaian pelaksanaan FWCMS juga belum dapat dinilai kerana 12 modul lengkap hanya digunakan untuk satu negara sumber iaitu Bangladesh berbanding 15 negara sumber dibenarkan.

Selain itu, berlaku kelemahan dalam pengurusan pelaksanaan sistem iaitu perjanjian belum ditandatangani, hak kerajaan tidak dapat ditentukan, kaedah dan hala tuju pelaksanaan tidak jelas, fungsi tapisan awal dan kiraan kelayakan kuota dinyahaktifkan serta kawalan pengenalan diri (ID) pengguna tidak teratur.

Artikel Berkaitan:

Laporan audit turut menyesyorkan KSM dan KDN melaksanakan proses pengurusan pekerja asing yang cekap, telus dan berintegriti merangkumi semua proses pengurusan pekerja asing yang berlaku di dalam dan di luar sistem mengambil kira hak dan bidang kuasa agensi terlibat. - Bernama