YTL Communications tawar iPhone 15, iPhone 15 Plus hanya RM1

Dapatkan iPhone 15 terkini atau serendah RM 21 sebulan dengan komitmen Yes 5G bagi tawaran harga yang paling mudah diakses dan berpatutan untuk rakyat Malaysia menikmati data dan kelajuan 5G yang tidak terhad.
Dapatkan iPhone 15 terkini atau serendah RM 21 sebulan dengan komitmen Yes 5G bagi tawaran harga yang paling mudah diakses dan berpatutan untuk rakyat Malaysia menikmati data dan kelajuan 5G yang tidak terhad.
A
A
A

SYARIKAT pengendali mudah alih, YTL Communications membuat kejutan dengan menawarkan pembelian telefon bimbit keluaran Apple iaitu iPhone 15 dan iPhone 15 Plus hanya RM1 bersama pakej rangkaian Yes 5G.

Syarikat itu dalam satu kenyataan berkata, Yes 5G mengadakan Yes 11.11 Sales Day untuk memberi peluang kepada orang ramai memiliki telefon bimbit itu dalam tempoh yang terhad pada 11 November lalu di Lot 10, Kuala Lumpur.

Menurutnya, sambutan luar biasa diterima apabila ratusan pelanggan mula berbaris seawal jam 7 pagi bagi merebut peluang mendapatkan tawaran pakej tersebut.

"Bagi yang terlepas peluang itu, orang ramai boleh mengumpulkan bintang di laman web Yes dengan menyelesaikan tugasan mudah. Selepas kesemua 15 bintang terkumpul, mereka layak dianugerahkan Pas Yes 11.11.

“Pemenang pas boleh menerima hadiah seperti iPhone 15, iPhone 15 Plus, aksesori Apple atau langganan tiga bulan percuma untuk Yes Gaming GeForce Now di lokasi kedai pada 11 November,” katanya.

Kemeriahan pelanggan untuk membeli iPhone 15 dan iPhone 15 Plus dengan hanya RM1.
Kemeriahan pelanggan untuk membeli iPhone 15 dan iPhone 15 Plus dengan hanya RM1.

Tambah YTL Communications, pengguna juga berpeluang memeriksa rangkaian Yes 5G menggunakan pemacu ujian.

“Ia memberikan pengalaman tanpa perlu beralih daripada penyedia rangkaian, peranti dan nombor telefon dengan kemudahan eSim.

Artikel Berkaitan:

“Pengguna boleh membandingkan dan mencuba rangkaian mudah alih terpantas Yes 5gs (seperti disahkan oleh Ookla dua tahun berturut-turut) satu daripada keselesaan rumah mereka sendiri,” jelasnya.

Dalam pada itu, seorang pelanggan yang berjaya membawa pulang iPhone 15 dengan harga RM1, Sarah Nabila, 31, memuji pelan Yes 5G mudah diakses dan mampu milik.

“Yes 5G memang berpatutan, jadi saya beli dua iPhone 15, selain dengan RM1, saya juga membeli iPhone 15 Pro 512GB,” ujarnya.

Pelanggan bertuah Yes 5G mempamerkan Pas Yes 11.11 yang diperolehi mereka.
Pelanggan bertuah Yes 5G mempamerkan Pas Yes 11.11 yang diperolehi mereka.

Mana-mana pelanggan yang terlepas peluang pada acara itu, masih boleh memiliki siri iPhone 15 serendah RM21 sebulan dengan pembayaran pendahuluan sifar.

Orang ramai boleh merujuk laman web https://www.yes.my/iPhone/ atau ke kedai Yes berhampiran dan rujuk peniaga sah telekomunikasi tersebut untuk maklumat lanjut.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!