APAD beri tunjuk sebab kepada syarikat pengendali treler

Laporan Sinar Harian pada Rabu.
Laporan Sinar Harian pada Rabu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) mengeluarkan surat tunjuk sebab (STS) kepada pengendali treler yang terlibat dalam kemalangan maut di Putrajaya, semalam.

APAD dalam kenyataan pada Khamis memaklumkan tindakan itu dibuat bagi mendapatkan perincian mengenai kejadian kemalangan melibatkan 14 buah kenderaan yang meragut dua nyawa.

Menurut kenyataan itu, APAD sedang bekerjasama dengan agensi terlibat bagi mendapatkan laporan berkaitan sebelum sebarang tindakan lanjut terhadap syarikat pengendali dapat dilaksanakan.

"Sekiranya hasil siasatan dan laporan yang diterima mendapati berlaku sebarang perlanggaran syarat lesen perkhidmatan oleh pihak syarikat, APAD boleh mengambil tindakan sama ada penggantungan atau pembatalan lesen di bawah Seksyen 62, Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715).