Polis kesan pemandu biar budak keluar kepala di 'sunroof'

Tangkap layar kanak-kanak mengeluarkan kepala melalui sunroof kenderaan yang sedang bergerak.
Tangkap layar kanak-kanak mengeluarkan kepala melalui sunroof kenderaan yang sedang bergerak.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Polis telah mengesan pemilik kenderaan yang bersikap cuai dengan membenarkan seorang kanak-kanak mengeluarkan kepalanya melalui 'sunroof' kenderaan yang sedang bergerak.

Menurut Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Mohd Sohami Ishak, telah mengesan satu video tular berdurasi satu minit tujuh saat yang dimuat naik di laman twitter.

“Hasil siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada 17 November 2023 lalu sekitar 9.30 malam, di kawasan sekitar Seri Alam.

“Pemandu kenderaan tersebut bersikap cuai terhadap keselamatan kanak-kanak itu dengan membiarkannya mengeluarkan kepala melalui 'sunroof' kenderaan tersebut.

“Pihak polis telah mengesan pemilik kenderaan tersebut untuk diambil tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan jika disabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM20,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya.

Orang ramai turut dinasihatkan agar tidak melakukan sebarang perbuatan yang boleh membahayakan nyawa atau keselamatan diri sendiri dan orang lain.

Artikel Berkaitan: