Notis penganjuran Himpunan Selamatkan Syariah tidak lengkap - Polis

Ribuan peserta membanjiri sekitar Istana Kehakiman dalam Himpunan Selamatkan Syariah pada Isnin.
Ribuan peserta membanjiri sekitar Istana Kehakiman dalam Himpunan Selamatkan Syariah pada Isnin.
A
A
A

PUTRAJAYA - Polis akan menjalankan siasatan berhubung penganjuran Himpunan Selamatkan Syariah dekat sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz berkata, pihak penganjur menghantar notis pemberitahuan berkaitan himpunan berkenaan, namun tidak lengkap.

"Notis pemberitahuan himpunan ada dihantar, namun ia cacat kerana tidak dikepil bersama surat kebenaran pemilik premis terlibat iaitu Perbadanan Putrajaya.

"Jadi dokumen berkenaan tidak dapat diproses dan kita juga tunggu surat tersebut dilengkapkan, namun tiada sebarang maklum balas," katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Katanya, setakat ini terdapat laporan polis yang dibuat berhubung himpunan berkenaan.

"Beberapa perkara sedang diteliti ketika ini dan siasatan akan dijalankan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Ribuan peserta membanjiri sekitar Istana Kehakiman dalam Himpunan Selamatkan Syariah pada Isnin.
Ribuan peserta membanjiri sekitar Istana Kehakiman dalam Himpunan Selamatkan Syariah pada Isnin.

A Asmadi berkata, penugasan kawalan di sekitar Istana Kehakiman melibatkan seramai 142 anggota dan pegawai.

Artikel Berkaitan:

"Kawalan dijalankan di sekitar kawasan Istana Kehakiman oleh anggota serta pegawai polis terlibat.

"Selain itu, penugasan turut dibantu Unit Drone Bukit Aman serta Polis Bantuan Istana Kehakiman serta kakitangan Perbadanan Putrajaya(PPJ)," katanya.

Pada Isnin, ribuan peserta membanjiri pekarangan Istana Kehakiman di sini dengan mengenakan pakaian serba putih dalam Himpunan Selamatkan Syariah yang diadakan sejak jam 9 pagi itu.

Himpunan yang berlangsung dengan aman itu turut disusuli dengan solat hajat yang disertai peserta himpunan berkenaan.

Himpunan itu diadakan bagi membantah membantah petisyen seorang peguam, Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid dan anaknya Tengku Yasmin Nastasha Tengku Abdul Rahman yang mencabar 20 peruntukan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!