Pemborong jual minyak diesel tanpa kelulusan didakwa

Kian Yew yang mewakili Fullyee Petroleum PLT mohon bicara di Mahkamah Sesyen Ipoh pada Isnin atas pertuduhan menjual minyak diesel kepada sebuah syarikat yang tidak memiliki kelulusan daripada Pegawal Bekalan.

A
A
A

IPOH - Sebuah syarikat pemborong bahan bakar didakwa di Mahkamah Sesyen Ipoh pada Isnin atas pertuduhan menjual 10,920 liter minyak diesel kepada sebuah syarikat yang tidak memiliki kelulusan daripada Pengawal Bekalan, tahun lalu.

Fullyee Petroleum PLT yang diwakili rakan kongsinya, Yip Kian Yew, 54, bagaimanapun mohon bicara sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azizah Ahmad.

Mengikut kertas pertuduhan, Fullyee yang merupakan pemegang lesen borong didapati telah menjual barang kawalan berjadual iaitu 10,920 liter diesel kepada syarikat K2 Bitumen Sdn Bhd yang tidak mempunyai lesen atau kelulusan bertulis yang sah daripada Pengawal Bekalan.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di K2 Bitumen Sdn Bhd di Taman Perindustrian Tungzen, Kampung Kepayang di daerah Batu Gajah antara jam 8 pagi hingga 5 petang pada 8 November 2022.