Mujur bom tak meletup

Unit Pemusnah Bom Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda hadir di tempat kejadian untuk melakukan pemeriksaan.
Unit Pemusnah Bom Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda hadir di tempat kejadian untuk melakukan pemeriksaan.
A
A
A

ALOR SETAR - Sebuah bom jenis mortar yang masih aktif ditemui di kawasan tapak pembinaan berdekatan Jalan Metro-Sri Wang di Sungai Petani di sini semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Superintendan Shamsudin Mamat berkata, pihaknya menerima panggilan daripada seorang lelaki berhubung penemuan bom berukuran 81 milimeter (mm) di kawasan tapak pembinaan terbabit.

"Seorang pekerja pembersihan sebuah syarikat sisa pepejal memaklumkan telah diberitahu rakannya berkaitan penemuan objek seakan-akan bom di kawasan itu pada Khamis.

"Selepas itu saksi segera menelefon pihak polis untuk melaporkan hal tersebut," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bom mortar yang ditemui di kawasan pembinaan berdekatan Jalan Metro-Sri Wang di Sungai Petani semalam.
Bom mortar yang ditemui di kawasan pembinaan berdekatan Jalan Metro-Sri Wang di Sungai Petani semalam.

Susulan itu katanya, Unit Pemusnah Bom Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda hadir di tempat kejadian untuk melakukan pemeriksaan.

Menurutnya, siasatan awal mendapati lokasi penemuan bom tersebut terletak jauh dari kawasan perumahan iaitu kira-kira 400 meter (m) di sebuah tanah lapang bagi tujuan pembinaan, namun pemaju tapak masih belum dikenal pasti.

Beliau berkata, pemeriksaan fizikal mendapati bom tersebut berukuran 59 sentimeter (cm) panjang dan ukuran lilit 35 cm dengan keadaan berkarat serta disaluti tanah ataupun lumpur.

Artikel Berkaitan:

"Bagaimanapun bom tersebut telah dialihkan ke kawasan selamat dan akan dimusnahkan oleh Unit Pemusnah Bom hari ini," katanya.