TNB sedia gerakkan aset strategik, warga kerja hadapi musim tengkujuh

Pasukan janakuasa bergerak TNB telah bersiap sedia bagi menghadapi MTL kali ini.
Pasukan janakuasa bergerak TNB telah bersiap sedia bagi menghadapi MTL kali ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Tenaga Nasional Berhad (TNB) bersedia menggerakkan aset strategik dan mobiliti warga kerjanya dalam menghadapi musim tengkujuh yang bermula 11 November hingga Mac tahun depan.

Ketua Pegawai Rangkaian Pembahagiannya, Wan Nazmy Wan Mahmood berkata sebagai persediaan awal menghadapi musim Monsun Timur Laut kali ini, TNB telah menyediakan 247 set janakuasa mudah alih, 279 unit lori, 38 buah bot, 296 set janakuasa bergerak dan 885 unit kenderaan pacuan empat roda.

"TNB sedia untuk membuka bilik gerakan dan menggerakkan pasukan di kawasan yang terjejas sekiranya berlaku banjir.

"Lokasi strategik yang tidak mungkin ditenggelami air telah dijadikan tapak sebagai stor sementara, pusat peralatan ujian dan pusat pengagihan kerja.

"Petugas bilik gerakan dan barisan hadapan TNB juga berada dalam situasi siap siaga. Kami turut mengenal pasti sistem yang memerlukan keutamaan untuk tindakan penutupan dan pengasingan bekalan,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata, warga kerja teknikal TNB yang terlibat dengan tugas-tugas penghentian sementara dan penyambungan serta pemulihan bekalan, akan diberikan dengan 108 unit lampu limpah (flood lights) serta 10 unit telefon satelit.

TNB terus melaksanakan kerja-kerja seperti meninggikan tapak pencawang dan memasang penghadang banjir untuk memperbaiki pengurusan bencana banjir dan mengurangkan kerosakan pada pepasangan TNB.
TNB terus melaksanakan kerja-kerja seperti meninggikan tapak pencawang dan memasang penghadang banjir untuk memperbaiki pengurusan bencana banjir dan mengurangkan kerosakan pada pepasangan TNB.

"Kami juga telah meneruskan pelbagai tindakan seperti peningkatan tapak pencawang dan pemasangan penghadang banjir.

Artikel Berkaitan:

"Kami juga melaksanakan penandaan aset untuk memudahkan pemantauan perubahan arah aliran banjir demi meningkatkan pengurusan bencana banjir atau mengurangkan kerosakan pada pepasangan TNB.

"Perancangan awal juga telah dibuat untuk pergerakan set janakuasa bergerak dan mudah alih ke kawasan strategik.

"TNB juga mengawasi amaran cuaca melalui melalui Analisa Banjir dan Penilaian Risiko (FARA) serta mendapatkan maklumat banjir daripada Jabatan Pengairan dan Saliran dan Portal Bencana Agensi Pengurusan Bencana Negara,” katanya.

Wan Nazmy menasihatkan orang ramai agar berhati-hati menggunakan peralatan elektrik dan elak sentuhan terhadap suis dengan tangan basah dan lembap, bagi mengelakkan risiko renjatan elektrik dan mendapatkan khidmat kontraktor pendawaian berdaftar dengan Suruhanjaya Tenaga untuk memeriksa pendawaian di premis yang dinaiki air setelah banjir surut.

"Pengguna yang mengalami pemutusan bekalan elektrik ketika musim banjir dinasihatkan untuk menghubungi TNB di talian 15454 atau melalui Facebook TNB Careline untuk mendapat bantuan dan tindakan susulan TNB.

"Pasukan Bertindak Kecemasan TNB yang beroperasi 24 jam sedia untuk menyambung semula bekalan elektrik yang terputus dengan kadar segera,” katanya. - Bernama