Pensijilan GMP dan HACCP pastikan keselamatan makanan terjamin

Program GMP dan HACCP telah dibangunkan di dapur hospital sejak 2006 lagi.
Program GMP dan HACCP telah dibangunkan di dapur hospital sejak 2006 lagi.
A
A
A

SHAH ALAM - Pensijilan Good Manufacturing Practise (GMP) dan Hazard Analysis Critical Control Point (HACCP) dapat memastikan makanan yang disediakan di dapur hospital selamat dan terhindar daripada pencemaran.

Pengarah Kesihatan Selangor, Datuk Dr Khalid Ibrahim berkata, sejak 2006, Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) di peringkat negeri dan daerah telah berkolaboratif dengan Jabatan Dietetik dan Sajian (JDS) di hospital bagi membangunkan program GMP dan HACCP di dapur hospital kerajaan.

Beliau berkata, sejak sistem itu diguna pakai di dapur hospital kerajaan, tiada pesakit yang dilaporkan mengalami keracunan malah peratus keyakinan pesakit serta pelawat terhadap dapur hospital juga semakin meningkat.

"Ini membuktikan pensijilan GMP danHACCP mampu memastikan makanan yang disediakan di dapur terkawal daripada pencemaran.

"Kita berharap pensijilan ini menjadi pemangkin kepada dapur hospital swasta untuk terlibat mengamalkan dan melaksanakan sistem ini yang merupakan piawaian keselamatan makanan bertaraf antarabangsa," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Khalid berkata, sehingga kini sebanyak tujuh dapur hospital kerajaan di Selangor berjaya mendapatkan pensijilan HACCP manakala 11 lagi mendapat pensijilan GMP.

Beliau berkata, sistem GMP dan HACCP dilaksanakan di dapur hospital secara bersinergi bermula dari pemilihan bahan mentah, penyimpanan, penyediaan, pemprosesan sehingga menghidang kepada pesakit.

"GMP membawa pengurusan dapur hospital untuk mengenalpasti dan mewujudkan panduan kawalan dan keperluan keselamatanmakanan di sepanjang rantaian penyediaan makanan pesakit di dapur hospital.

Artikel Berkaitan:

"Sistem HACCP pula memerlukan warga dapur hospital menganalisa faktor risiko pencemaran bahaya mikrobiologi, fizikal dan kimia yang boleh terjadi di sepanjang rantaian penyediaan makanan sebelum sebarang aktiviti kawalan atau pemantauan diwujudkan," katanya.