Jenazah Suhaimi Saad selamat dikebumikan

A
A
A

KOTA TINGGI - [DIKEMAS KINI] Jenazah bekas anggota kumpulan nasyid In-Team, Mohd Suhaimi Saad, 43, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felcra Sungai Ara, di sini pada jam 9 pagi, Khamis.

Lebih 200 ahli keluarga, sahabat dan rakan seperjuangan hadir mengiringi jenazah ke tanah perkuburan.

Turut berada di tanah perkuburan anak sulung dan anak keduanya, Ehmad Hadie Elfardie, 15, dan Salman Elkhoyri, 13.

Ehmad Hadie Elfardie (dua dari kanan) dan Salman Elkhoyri (kanan) menyiram air ke pusara ayah mereka, Mohd Suhaimi di Tanah Perkuburan Islam Felcra Sungai Ara.
Ehmad Hadie Elfardie (dua dari kanan) dan Salman Elkhoyri (kanan) menyiram air ke pusara ayah mereka, Mohd Suhaimi di Tanah Perkuburan Islam Felcra Sungai Ara.



Salman Elkhoyri menyiram air ke pusara ayahnya, Mohd Suhaimi di Tanah Perkuburan Islam Felcra Sungai Ara.
Salman Elkhoyri menyiram air ke pusara ayahnya, Mohd Suhaimi di Tanah Perkuburan Islam Felcra Sungai Ara.

Bacaan talkin dan tahlil ringkas dipimpin vokalis kumpulan nasyid Diwani, Hasnol Jamal.

Sebelum itu, jenazah disolatkan sekali lagi di rumah keluarga isterinya, Nordiana Mohd Naim, 39, di Felcra Sungai Ara di sini.

Mohd Suhaimi menghambuskan nafas terakhir pada jam 7.40 petang Rabu di Hospital Sultan Ismail (HSI) akibat jangkitan kuman pada paru-paru

Artikel Berkaitan:

Suhaimi berkahwin dengan Nordiana pada 12 Ogos 2007 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ehmad Hadie Elfardie, 15, Sallman Elkhoyri, 13, Phyrosh Elfadwah, 11, dan Nur Layla Elghufrony, 9.

Jenazah Mohd Suhaimi selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felcra Sungai Ara, Kota Tinggi pada Khamis.
Jenazah Mohd Suhaimi selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felcra Sungai Ara, Kota Tinggi pada Khamis.

Allahyarham, 43, dimasukkan ke Hospital Kota Tinggi sejak Jumaat dan ditidurkan sebelum dirujuk ke HSI empat hari lalu.

Jenazah Suhaimi dimandi dan dikafankan di Jabatan Perubatan Forensik HSI sebelum dibawa pulang ke Felcra Sungai Ara pada jam 11.15 malam Rabu.