Pakai serba hijau tanda solidariti buat Palestin

A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Kempen 'Wear Green For Palestine' yang diuar-uarkan melalui media sosial untuk memakai pakaian hijau pada Rabu sebagai sokongan kepada rakyat Gaza menerima sambutan baik daripada orang ramai.

Tinjauan Sinar Harian di beberapa lokasi di Lembah Klang mendapati, selain pakaian, mereka turut dilihat memakai aksesori seperti jam, beg, kasut dan topi berwarna hijau.

Turut tidak ketinggalan, karyawan Sinar Harian yang menunjukkan solidariti dengan memakai pakaian bertemakan warna hijau.

Pekerja swasta, Badrul Khuzaini Hashim, 53, berkata, dia bersemangat kerana kempen tersebut dibuat khas bukan hanya menunjukkan sokongan tetapi untuk mengingati hari kemerdekaan Palestin.

Badrul turut berbaju hijau sebagai sokongan untuk Palestin.
Badrul turut berbaju hijau sebagai sokongan untuk Palestin.

"Saya berbaju hijau hari ini selepas dimaklumkan isteri mengenai kempen yang digerakkan sebelum keluar dari rumah tadi.

"Memang setiap hari bersolidariti untuk Gaza, tapi hari ini saya lagi bersemangat dan teruja, menyokong kempen ini bagi membantu memberi kesedaran kepada dunia tentang sokongan kuat kita untuk pembebasan Palestin," katanya.

Tambah Badrul, dia sentiasa mendoakan kepada ALLAH SWT untuk memberi kemenangan dan kemerdekaan kepada Gaza daripada cengkaman Israel.

Artikel Berkaitan:

Vee (kiri) dan pekerja swasta, Nabilah Hashim, 25.
Vee (kiri) dan pekerja swasta, Nabilah Hashim, 25.

Bagi pekerja swasta, Vee Emma, 48, dia mengetahui kempen berkenaan melalui media sosial seperti TikTok dan Instagram serta memberitahu kesemua rakan-rakan pejabatnya turut memakai pakaian hijau.

"Kita tak mampu nak membantu daripada tenaga, tetapi sentiasa mendoakan agar peperangan dihentikan bagi menyelamatkan nyawa tidak berdosa terutama kanak-kanak," katanya.

Pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM), Nurul Najwa Zolkafali, 23, berkata, dia bersama lima rakannya tidak mahu terlepas untuk turut serta bersama rakyat Gaza.

"Selepas mengetahui kempen ini, kami berenam memang merancang untuk memakai hijau sebagai tanda menyokong kempen kebebasan Palestin.

"Kami juga berharap kekejaman Israel dihentikan segera demi hak kemanusiaan rakyat Gaza," ujarnya.

Dalam pada itu, kempen berkenaan turut mendapat perhatian daripada pelancong Brunei, Shida Isnon, 40, yang mengunjungi negara ini bersama keluarga.

"Kami memakai hijau hari ini sempena kempen berkenaan untuk memberi sokongan kepada negara itu," ujarnya.

Shida (dua dari kanan) bersama ibu, Ainon Ali, 64, adik, Dalila Isnon, 35, dan anaknya, Damia Zulhelmi, 7 turut bersolidariti buat Palestin dengan memakai pakaian berwarna hijau.
Shida (dua dari kanan) bersama ibu, Ainon Ali, 64, adik, Dalila Isnon, 35, dan anaknya, Damia Zulhelmi, 7 turut bersolidariti buat Palestin dengan memakai pakaian berwarna hijau.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!