X

Kindly register in order to view this article
!

Pukul pekerja hotel: Suspek kedua dikenal pasti

Laporan Sinar Harian berkaitan kes ini semalam.
A
A

KUALA LUMPUR - Polis sudah mengenal pasti suspek kedua yang dipercayai terlibat dengan kes pukul dua penjaga kaunter di sebuah hotel di Bukit Bintang Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohd Fahmi Visunathan Abdullah berkata, suspek tersebut merupakan warga tempatan.

"Polis giat mengesan kedua-dua suspek. Kita tidak menolak kemungkinan suspek bersembunyi atau melarikan diri selepas kes mereka tular," katanya Kepada Sinar Harian hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Suspek pukul pekerja hotel di Bukit Bintang dicari

Sinar Harian sebelum ini melaporkan, dua lelaki bertindak memukul dua penjaga kaunter hotel dalam kejadian di Bukit Bintang di sini Ahad lalu.

Semalam, polis memaklumkan sudah mengenal pasti seorang lelaki yang dipercayai suspek kes pukul dua penjaga kaunter di sebuah hotel di Bukit Bintang Ahad lalu.

Dua lelaki tersebut bertindak memukul dua penjaga kaunter hotel akibat berang tidak dapat menukar bilik hotel.

Ketika kejadian pada jam 4 pagi itu, mangsa telah menerima satu panggilan telefon daripada seorang pelanggan hotel meminta untuk bertukar ke bilik lain dengan alasan biliknya kotor dan mangsa memaklumkan pelanggan perlu membayar untuk menukar bilik.

Suspek berkenaan bagaimanapun tidak puas hati dan dia kemudian pergi ke kaunter bersama rakannya dan memukul mangsa serta seorang lagi pekerja.