Suspek pukul pekerja hotel di Bukit Bintang dicari

Rakaman mangsa dipukul tular di laman sosial.
Rakaman mangsa dipukul tular di laman sosial.
A
A
A

KUALA LUMPUR – Polis sudah mengenal pasti seorang lelaki yang dipercayai suspek kes pukul dua penjaga kaunter di sebuah hotel di Bukit Bintang Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Mohd Fahmi Visunathan Abdullah berkata, siasatan awal melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) hotel berkenaan mendapati wajah lelaki itu dirakam kamera itu.

"Kita percaya seorang lagi rakannya dapat dikesan dalam tempoh terdekat," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Menurutnya, orang ramai yang mengenali suspek atau mempunyai maklumat mengenai kes itu boleh menghubungi balai polis terdekat.

Mohd Fahmi memberitahu, kes disiasat mengikut Seksyen 323 dan 427 Kanun Keseksaan,

Sinar Harian sebelum ini melaporkan dua lelaki bertindak memukul dua penjaga kaunter hotel di Bukit Bintang Ahad lalu akibat berang tidak dapat menukar bilik hotel.

Ketika kejadian pada jam 4 pagi itu, mangsa telah menerima satu panggilan telefon daripada seorang pelanggan hotel meminta untuk bertukar ke bilik lain.

Suspek itu memberi alasan biliknya kotor dan mangsa memaklumkan pelanggan perlu membayar untuk menukar bilik.

Artikel Berkaitan:

Suspek berkenaan bagaimanapun tidak puas hati dan dia kemudian pergi ke kaunter bersama rakannya dan memukul mangsa serta seorang lagi pekerja.

Kejadian itu tular di media sosial dan polis kini sedang memburu kedua-dua suspek itu.

https://www.sinarharian.com.my/article/63297/EDISI/Selangor-KL/Berang-tak-dapat-tukar-bilik-penjaga-kaunter-hotel-dipukul