OKU penglihatan teruja hayati gerhana matahari anulus

Amer (tengah, berdiri) memberi penerangan tentang gerhana matahari anulus kepada murid masalah penglihatan di Taman Negara Johor Tanjung Piai.
Amer (tengah, berdiri) memberi penerangan tentang gerhana matahari anulus kepada murid masalah penglihatan di Taman Negara Johor Tanjung Piai.
A
A
A

PONTIAN - Enam murid masalah penglihatan Sekolah Kebangsaan (SK) Pendidikan Khas Jalan Batu, Kuala Lumpur teruja menghayati fenomena gerhana matahari anulus atau cincin yang jarang- jarang berlaku di negara ini.

Mereka berpeluang merasai pengalaman fenomena gerhana menggunakan alat khas ciptaan Universiti Havard yang dibangunkan semula oleh bandan bukan kerajaan ( NGO) di mana kekuatan cahaya ditukar kepada bunyi.

Nurul Insyirah Syaiful, 10, berkata, dia datang bersama rakan dan guru sejak semalam ke Tanjung Piai untuk melihat gerhana matahari cincin yang disifatkan cukup menarik dan unik.

"Seronok dapat rasai pengalaman gerhana matahari cincin bersama kawan-kawan," katanya.

Sementara itu, gurunya, Amer Ikhwanuddin Sharifuddin, 30, berkata, enam murid yang mengalami masalah penglihatan itu terdiri daripada kategori B2 ( penglihatan terhad) dan B1 (tidak nampak).

"Tiga murid perempuan mengalami masalah penglihatan iaitu kategori B2 manakala tiga murid lelaki mengalami penglihatan kategori B1.

"Kami harap mereka (murid) faham tentang gerhana matahari yang merupakan fenomena astronomi yang cukup menarik untuk dipelajari," katanya.

Artikel Berkaitan: