1,020 banduan layak mohon semakan hukuman mati, penjara seumur hidup

Seramai 1,020 banduan hukuman mati dan pemenjaraan sepanjang hayat layak mengemukakan permohonan semakan semula di bawah Akta 847.
Seramai 1,020 banduan hukuman mati dan pemenjaraan sepanjang hayat layak mengemukakan permohonan semakan semula di bawah Akta 847.
A
A
A

SHAH ALAM - Seramai 1,020 banduan hukuman mati dan pemenjaraan sepanjang hayat layak mengemukakan permohonan semakan semula di bawah Akta Semakan Hukuman Mati dan Pemenjaraan Sepanjang Hayat (Bidang Kuasa Sementara Mahkamah Persekutuan) 2023 [Akta 847].

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, kesemua permohonan itu perlu dikemukakan kepada mahkamah dalam tempoh masa 90 hari dari tarikh kuat kuasa Akta 847.

Azalina
Azalina

Menurutnya, setakat 9 November lalu, pihak Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan (PKPMP) menerima permohonan semakan sebanyak 978 kes iaitu 861 bagi hukuman mati dan 117 untuk pemenjaraan sepanjang hayat.

“Pelaksanaan bagi pengendalian prosiding mahkamah ini telah mengambil kira pelbagai faktor mengikut keutamaan termasuklah umur banduan, tahap kesihatan dan tempoh pemenjaraan serta pertimbangan lain yang mendesak.

“Hari ini merupakan hari bersejarah bagi negara kita kerana kesemua permohonan telah didengar di Mahkamah Persekutuan, Putrajaya.

“Hal ini membuktikan bahawa prinsip ‘restorative justice’ dalam sistem keadilan jenayah di Malaysia sentiasa terpelihara. Kejayaan ini turut mencerminkan komitmen kerajaan dalam mempromosi dan mempertahankan hak asasi manusia sejagat,” katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Mahkamah Persekutuan, Putrajaya akan mendengar permohonan semakan semula banduan akhir yang mana 11 daripadanya didengar hari ini manakala 14 lagi pada Khamis depan.
Mahkamah Persekutuan, Putrajaya akan mendengar permohonan semakan semula banduan akhir yang mana 11 daripadanya didengar hari ini manakala 14 lagi pada Khamis depan.

Artikel Berkaitan:

Sebelum ini, media melaporkan Mahkamah Persekutuan, Putrajaya akan mendengar permohonan semakan semula banduan akhir tersebut yang mana 11 daripadanya didengar hari ini manakala 14 lagi pada Khamis depan.

Azalina turut memaklumkan, seramai tujuh banduan hukuman mati bagi kesalahan 39B pengedaran dadah berbahaya di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 selain empat orang lagi bagi pemenjaraan sepanjang hayat telah melalui semakan di bawah akta tersebut.

Tambah beliau, ia berikutan daripada penguatkuasaan Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 pada 4 Julai dan Akta 847 pada 12 September lalu.

Menurutnya lagi, mekanisme pelaksanaan penyemakan tersebut dipersetujui jemaah menteri setelah sesi libat urus diadakan oleh Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU JPM) bersama pihak PKPMP, Jabatan Penjara Malaysia (JPN), Yayasan Bantuan Guaman (YBGK), Majlis Peguam Malaysia, Sabah Law Society (SLS) dan Advocates Association of Sarawak (AAS).

“Pada masa sama, Kerajaan Perpaduan ingin menegaskan bahawa pengenaan hukuman mati bagi kesalahan jenayah masih kekal dalam sistem pentadbiran jenayah di negara ini.

“Namun, hukuman mati bukan lagi mandatori seperti sebelum ini dan pindaan undang-undang telah pun memberi pilihan kepada hakim untuk menggunakan budi bicara masing-masing yang sewajarnya.

“Perkara ini selari dengan komitmen kerajaan untuk memberi peluang kedua kepada banduan akhir kembali kepada masyarakat dan keluarga serta meneruskan kelangsungan hidup mereka sebagai rakyat biasa,” ujar beliau.