Balingan emas Razif bantu UiTM Negeri Sembilan muncul juara

Pasukan boling UiTM Negeri Sembilan juara Tenpin Boling Piala Naib Canselor UiTM 2023.
Pasukan boling UiTM Negeri Sembilan juara Tenpin Boling Piala Naib Canselor UiTM 2023.
A
A
A

UNIVERSITI Teknologi Mara (UiTM) Negeri Sembilan membuktikan penguasaan di pentas boling apabila muncul juara keseluruhan Kejuaraan Tenpin Boling Piala Naib Canselor UiTM 2023.

Pasukan 'Hoben Jang Hoben' itu mengumpul sembilan pingat keseluruhan - lima emas, tiga perak dan satu gangsa

UiTM Shah Alam yang memberi tentangan sengit mengakhiri cabaran di tempat kedua degan lima emas, satu perak, dan dua gangsa.

Tempat ketiga pula milik UiTM Selangor dengan tiga perak dan empat gangsa diikuti UiTM Perak keempat dengan satu perak dan dua gangsa.

UiTM Pahang A kelima dengan satu perak, UiTM Shah Alam B keenam (satu perak) dan UiTM Perlis A ketujuh (satu gangsa).

Sementara itu, pengarah teknikal kejohanan, Muhammad Syahir Rasyidi Saad berkata, program anjuran UiTM Cawangan Kelantan dan Persatuan Sukan dan Kebajikan Kakitangan UiTM (PSKK) itu melibatkan lima kategori perseorangan, beregu, berpasukan, ‘all event’ dan ‘master’ untuk kategori lelaki dan wanita.

"Edisi kali ini menyaksikan pemain UiTM Negeri Sembilan, Razif Sazali antara yang paling menonjol apabila meraih lima pingat emas yang dipertandingkan.

"Kali ini sebanyak 17 pasukan menyahut cabaran sekali gus menjadi saingan lebih sengit dalam setiap perlawanan.

Artikel Berkaitan:

"Matlamat utama penganjuran program tahunan ini adalah untuk mengeratkan lagi hubungan dalam kalangan warga seluruh kampus UiTM," katanya.


Kejohanan Tenpin Boling Piala Naib Canselor UiTM 2023

Perseorangan Lelaki

Juara - Razif Sazali (N. Sembilan A)

Naib juara - Mohamad Fauzi Man (Perak)

Ketiga - Aznor Zamhuri Adli (Selangor)

Keempat - Mohd Muzaini Kamal (Perak)

Perseorangan Wanita

Juara - Kamariah Moin (Shah Alam)

Naib juara - Norbijah Kipli (Shah Alam)

Ketiga - Suliana Mat Saud (Selangor)

Keempat - Nor Shafiqah Alia Amran (Shah Alam)

Double Lelaki

Juara - Razif Sazali/Mohamad Firdaus Ahmad (N. Sembilan A)

Naib juara - Firdaus Sarbini/Zokri Mudin (Pahang A)

Ketiga - Mohd Fauzi Abdullah/Mohd Khairy Kamaruddin (Perlis A)

Keempat - Mohamad Fauzi Man/Mohd Muzaini Kamal (Perak)

Double Wanita

Juara - Kamariah Moin/Norbijah Zulkifli (Shah Alam)

Naib juara - Suliana Mat Saud/Marsita Sean (Selangor)

Ketiga - Nor Shafiqah Alia Amran/Sharifah Abdullah (Shah Alam)

Keempat - Raja Nurul Jannat Raja Hussain/Siti Sarah Kamaruddin (N. Sembilan)

Master Lelaki

Juara - Razif Sazali (N. Sembilan A)

Naib juara - Mohamad Firdaus Ahmad (N. Sembilan A)

Ketiga - Muhammad Aizat Dzulkefli (Perak)

Keempat - Aznor Zamhuri Adli (Selangor)

Master Wanita

Juara - Norbijah Kipli (Shah Alam)

Naib juara - Raja Nurul Jannat Raja Hussain (N. Sembilan)

Ketiga - Suliana Mat Saud (Selangor)

Keempat - Nor Shafiqah Alia Amran (Shah Alam)

All Event Lelaki

Juara - Razif Sazali (N. Sembilan A)

Naib juara - Aznor Zamhuri Adli (Selangor)

Ketiga - Mohamad Firdaus Ahmad (N. Sembilan A)

Keempat - Mohamad Fauzi Man (Perak)

All Event Wanita

Juara - Norbijah Kipli (Shah Alam)

Naib juara - Suliana Mat Saud (Selangor)

Ketiga - Kamariah Moin (Shah Alam)

Keempat - Nor Shafiqah Alia Amran (Shah Alam)

Berpasukan Lelaki

Juara - Negeri Sembilan A

Naib juara - Shah Alam B

Ketiga - Perak

Keempat - Selangor

Berpasukan Wanita

Juara - Shah Alam

Naib juara - Negeri Sembilan

Ketiga - Selangor

Keempat - Perak