Piala MFL: Jaringan Muhd Isa julang Terengganu FC II selaku juara

Aksi pemain pasukan TFC II, Muhammad Azziq Zahazani (kiri) ketika merebut bola daripada pemain JDT II pada Perlawanan Akhir Piala MFL 2023, Johor Darul Ta’zim (JDT) II menentang Terengganu FC II di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur hari ini. - Foto Bernama

A
A
A

TERENGGANU FC II muncul juara edisi sulung Piala Liga Bolasepak Malaysia (MFL) 2023, setelah menewaskan Johor Darul Ta’zim II (JDT II) 1-0 pada aksi final malam ini.

Pada aksi berlangsung di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras itu, kedua-dua pasukan mempamerkan aksi seimbang pada separuh masa pertama, namun ketumpulan jentera penyudah menyaksikan keputusan seri tanpa jaringan.

Sebaik sahaja separuh masa kedua bersambung, kedua-dua pasukan meningkatkan tempo permainan untuk memburu gol pembukaan, namun kekal buntu bagi menembusi pertahanan lawan masing-masing.

Namun, Muhd Isa Raman muncul wira menceriakan kem Terengganu FC II selepas menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-87, sekali gus memastikan trofi Piala MFL menjadi milik pasukan itu.

Jaringan itu berpunca daripada kealpaan pemain pertahanan JDT II yang gagal menyambut bola hantaran penjaga gol mereka, sebelum pantas dihidu Muhd Isa yang menjaringkan gol. - Bernama

Artikel Berkaitan: