PAAB rangkul dua anugerah pada Anugerah Air Asia 2023

Zulkiflee (tengah) menerima dua anugerah yang dimenangi pada Anugerah Air Asia 2023 pada Rabu.
Zulkiflee (tengah) menerima dua anugerah yang dimenangi pada Anugerah Air Asia 2023 pada Rabu.
A
A
A

SHAH ALAM - Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) merangkul dua anugerah pada Anugerah Air Asia 2023 anjuran Asian Power (AP) yang mengiktiraf hasil usaha badan itu dalam memastikan keselamatan air di negara ini.

Anugerah tersebut ialah Inisiatif Air Kolaboratif Tahunan dan Anugerah Kecemerlangan Teknologi Air (Pengurusan Sumber Air).

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif PAAB, Ir Zulkiflee Omar berkata, anugerah Inisiatif Air Kolaboratif Tahunan dicapai menerusi model tersendiri syarikat itu yang melibatkan penyelarasan harmoni pelbagai pihak berkepentingan termasuk Kerajaan Persekutuan, pengendali air negeri dan Kementerian Kewangan (MOF).

“Anugerah Kecemerlangan Teknologi Air (Pengurusan Sumber Air) pula diraih kerana pendekatan komprehensif PAAB terhadap pengurusan aset, migrasi serta menangani isu air bukan hasil (NRW) yang diiktiraf sebagai satu bentuk pengurusan sumber berkesan dan inovatif.

Zulkiflee berucap pada Anugerah Air Asia 2023 yang diadakan di Kuala Lumpur.
Zulkiflee berucap pada Anugerah Air Asia 2023 yang diadakan di Kuala Lumpur.

“Kemenangan anugerah ini bukan sekadar menarik tetapi peringatan bahawa misi kami sebagai satu bentuk pengurusan sumber air berkesan dan inovatif malah menjadi bukti dedikasi, inovasi serta kepakaran yang terkandung dalam syarikat.

“Ia melambangkan komitmen PAAB untk menjalin perkongsian kukuh memacu industri air pada masa depan dan pengurusan mampan serta cekap bagi sumber kami yang paling berharga,” katanya dalam kenyataan sempena penganugerahan berprestij itu yang berlangsung di Westin Kuala Lumpur pada Rabu.

AP ialah penerbitan suku tahunan untuk industri penjanaan, penghantaran serta pengedaran kuasa di rantau Asia Pasifik dan merupakan sebahagian daripada syarikat penerbitan Charlton Media Group iaitu acara perniagaan ke perniagaan (B2B) terkemuka Asia.

Artikel Berkaitan:

Tambah Ir Zulkiflee, semua pihak perlu bekerjasama untuk memastikan masa depan yang mampan dan terjamin air kepada masyarakat.

“Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk menekankan kepentingan keselamatan air yang mesti menjadi keutamaan negara.

“Dengan pelaburan yang betul, kami mempunyai kuasa untuk mengatasi kehilangan air, meremajakan sungai dan membina infrastruktur yang akan memastikan perniagaan berkembang maju,” ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!