Syed Saddiq kosongkan kerusi Presiden Muda

Ahli Parti Muda bersama Syed Saddiq di sidang media khas di Kampung Tunku, Petaling Jaya pada Khamis.
Ahli Parti Muda bersama Syed Saddiq di sidang media khas di Kampung Tunku, Petaling Jaya pada Khamis.
A
A
A

PETALING JAYA - [DIKEMAS KINI] Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman melepaskan jawatannya sebagai Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) berkuat kuasa serta-merta.

Beliau berkata, jawatannya tersebut akan dipangku oleh Timbalan Presiden parti itu, Amira Aisya Abd Aziz bagi memimpin Muda selepas ini.

“Dengan itu, jawatan presiden perlu lebih putih daripada putih. Siapa yang menjawat jawatan Presiden perlu bersih kerana ia merupakan satu beban luar biasa.

“Saya akan mendukung parti ini sebagai ahli dan terus bekerjasama dengan Muda untuk merealisasikan semua perjuangan,” katanya dalam sidang media khas pada Khamis.

Tambah Syed Saddiq, selepas mengadakan mesyuarat bersama Ahli Jawatankuasa Tertinggi Parti, beliau turut menyatakan tidak akan melibatkan diri dalam mana-mana keputusan yang dilakukan parti tersebut.

“Selepas berbincang, saya tidak layak untuk jawatan ini,” ujarnya.

Syed Saddiq
Syed Saddiq

Sementara itu, Amira Aisya berkata, keputusan Syed Saddiq mengosongkan kerusi Presiden Muda berat untuk diterima parti.

Artikel Berkaitan:

Katanya, keputusan Mahkamah Tinggi bukanlah penamat buat Ahli Parlimen Muar itu kerana masih ada peluang baginya membuat rayuan.

“Ini bukan penghabisan kes mahkamah bagi beliau, namun masih ada peluang untuk membuat rayuan di peringkat Mahkamah Rayuan dan Persekutuan.

“Keputusan hari ini bukan untuk melemahkan parti Muda tetapi ia merupakan satu signal jelas bahawa perjuangan parti ini masih perlu diteruskan,” ujar Amira Aisya.