UAE hantar 5 lagi pesawat bantu bina hospital medan di Gaza

UAE menghantar lima lagi pesawat yang membawa bekalan dan peralatan untuk pembinaan hospital medan di Semenanjung Gaza.
UAE menghantar lima lagi pesawat yang membawa bekalan dan peralatan untuk pembinaan hospital medan di Semenanjung Gaza.
A
A
A

ABU DHABI - UAE menghantar lima lagi pesawat yang membawa bekalan dan peralatan untuk pembinaan hospital medan di Semenanjung Gaza.

Secara keseluruhan, UAE telah menghantar 16 pesawat bagi menjayakan operasi kemanusiaan ‘Gallant Knight 3’ di wilayah itu.

Kargo dibawa pesawat itu akan diturunkan di bandar El Arish, Mesir dan kemudiannya dipasang sebelum dihantar ke Gaza, menurut Agensi Berita Emirates (WAM).

UAE melancarkan operasi bantuan udara sejak dua hari lepas untuk membawa peralatan hospital sebagai sebahagian daripada operasi kemanusiaan ‘Gallant Knight 3’ UAE.

Langkah itu selaras dengan usaha negara itu mengurangkan penderitaan rakyat Palestin dan menyokong sistem kesihatan di Semenanjung Gaza. - Bernama.

Artikel Berkaitan: