X

Kindly register in order to view this article
!

Meninggal dunia ketika rakaat ketiga

H Tahir Tenri, meninggal dunia ketika sedang solat Asar di Masjid Raya Kota Parepare di Sulawesi Selatan petang semalam
A
A

SULAWESI SELATAN - Seorang jemaah lelaki di Masjid Raya Kota Parepare di Indonesia meninggal dunia pada rakaat ketiga solat Asar di masjid berkenaan petang semalam.

Bagaimanapun, H Tahir Tenri, yang meninggal pada jam kira-kira 4.40 petang itu masih belum diketahui puncanya, lapor Makassar yang memetik sumber

Menurut salah seorang Jemaah, H Syamsul Latanro berkata, lelaki itu yang juga jemaah di masjid tersebut pada mulanya kelihatan sihat sahaja sebelum menunaikan solat.

“Ketika dia solat pada rakaat ketiga, dia tiba-tiba terjatuh dan tidak sedarkan diri,” katanya.

Sementara itu, seorang pengurus Masjid Raya yang dikenali sebagai Rio berkata, lelaki tersebut dilihat datang ke masjid tersebut bersama isterinya lalu mengambil wuduk sebelum bergegas masuk ke masjid untuk menunaikan solat.

“Kerana sudah terlewat untuk solat berjemaah, dia terpaksa mendirikan solat seorang diri. Ketika masuk ke masjid dia sempat menegur beberapa jemaah di masjid ini,” katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!