Lelaki parah ditetak dua individu bertopeng

Seorang lelaki cedera parah di bahagian badan dan tangan selepas dipercayai ditetak beberapa kali menggunakan pedang di Wakaf Berangan, di sini pada Selasa. - Gambar hiasan
Seorang lelaki cedera parah di bahagian badan dan tangan selepas dipercayai ditetak beberapa kali menggunakan pedang di Wakaf Berangan, di sini pada Selasa. - Gambar hiasan
A
A
A

PASIR PUTEH - [DIKEMAS KINI] Seorang lelaki cedera parah di bahagian badan dan tangan selepas dipercayai ditetak beberapa kali menggunakan pedang di Wakaf Berangan, di sini pada Selasa.

Kejadian jam 9.15 malam itu berlaku ketika mangsa berusia 55 tahun berada di sebuah kedai kopi bersama rakannya sebelum didatangi oleh dua individu bertopeng.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintenden Zaizul Rizal Zakaria berkata, kedua-dua lelaki itu terus melarikan diri menggunakan sebuah kereta jenis Proton Saga yang dipandu seorang lagi suspek yang belum dikenal pasti identitinya.

"Mangsa telah menerima rawatan awal di Hospital Tengku Anis dan kemudian dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian kerana dilaporkan mengalami kecederaan yang serius.

"Kes disiasat bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan," katanya semasa dihubungi pada Rabu.

Menurut beliau, motif kejadian masih belum dikenal pasti dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Ujarnya, mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta untuk hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Puteh atau boleh menghubungi

talian 016-8375504 atau hotline 097862005.

Artikel Berkaitan: