HSNI kesan waris pesakit

HSNI mencari waris kepada pesakit lelaki ini yang sedang dirawat di hospital berkenaan. - Foto HSNI
HSNI mencari waris kepada pesakit lelaki ini yang sedang dirawat di hospital berkenaan. - Foto HSNI
A
A
A

BATU PAHAT - Pihak Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) di sini, meminta keluarga atau waris terdekat kepada seorang pesakit untuk segera menghubungi hospital berkenaan.

Penolong Pegawai Penerangan HSNI, Norsyafika Sadri berkata, pesakit merupakan lelaki Melayu dianggarkan berusia 52 tahun, sedang menjalani rawatan di Wad 8 hospital berkenaan.

Bagaimanapun katanya, sehingga ke hari ini belum ada keluarga atau waris terdekat menghubungi pihak hospital atau melawat pesakit.

“Pesakit tersebut telah dimasukkan ke wad pada 26 Oktoberlalu sekitar jam 5.50 petang setelah ditemui merayau-rayau di sekitar Ayer Hitam.

“Setelah diagnosis, pesakit didapati menghidap mild intellectual disability. Bagaimanapun, keadaan pesakit kini dilaporkan stabil dan boleh pulang pada bila-bila masa.

“Oleh itu, kami sangat mengharapkan agar keluarga atau waris terdekat dapat menghubungi kami di talian 07- 4363000 sambungan 3024 bagi urusan pulang pesakit tersebut,” katanya.

Tambah Norsyafika, alamat terakhir pesakit adalah di Yong Peng dan keluarga pesakit berkenaan berasal dari Kota Tinggi.

Artikel Berkaitan: