X

Kindly register in order to view this article
!

Selasa | 30 November 2021

Gangguan bekalan air hampir pulih sepenuhnya

Gambar hiasan
A
A

SHAH ALAM - Bekalan air di kesemua empat wilayah terjejas di Selangor ekoran pencemaran air di Sungai Semenyih sejak Sabtu lalu hampir pulih sepenuhnya dengan tahap pemulihan mencapai 98.4 peratus hingga jam 6 pagi tadi.

Ketua Jabatan Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), Abdul Halem Mat Som berkata, berdasarkan bacaan semasa di sistem agihan, kesemua pengguna terjejas di Kuala Langat sudah menerima bekalan air masing-masing.

Menurutnya, peratus pemulihan bekalan air di wilayah Sepang dan Putrajaya pula kini mencapai tahap 99.1 peratus.

"Bagi wilayah Hulu Langat sebanyak 98.8 peratus daripada kawasan terjejas sudah menerima bekalan air manakala di wilayah Petaling tahap pemulihan mencapai 97.3 peratus.

"Walaupun bekalan air semakin pulih di hampir semua kawasan, Air Selangor masih menggerakkan bantuan kecemasan lori tangki, pusat khidmat setempat ( PKS) dan pili awam sehingga keseluruhan kawasan pulih sepenuhnya," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, pengguna yang ingin mendapatkan perkembangan terkini berhubung gangguan bekalan boleh terus merujuk aplikasi telefon pintar Air Selangor, Facebook dan Instagram Air Selangor, atau layari laman sesawang www.airselangor.com.

Katanya, pihak Air Selangor sentiasa mengemaskini maklumat dari masa ke semasa untuk kemudahan pengguna.

Terdahulu Sinar Harian melaporkan sebanyak 328,957 akaun pengguna di wilayah Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang mengalami gangguan bekalan air sejak Sabtu lalu ekoran insiden pencemaran bau di Sungai Semenyih.

Loji Rawatan Air Sungai Semenyih yang menjadi sumber air mentah terpaksa dihenti tugas sepenuhnya ekoran insiden pencemaran terbabit.

Jumlah akaun, pengguna terjejas bertambah kepada 336,930 apabila LRA Bukit Tampoi yang menerima sumber air mentah dari Sungai Semenyih turut dihentikan operasi sejak Ahad.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!