Dua PPS tempatkan mangsa banjir di Bangi

Keadaan banjir di Kampung Bangi dan Bangi Lama pada Ahad.
Keadaan banjir di Kampung Bangi dan Bangi Lama pada Ahad.
A
A
A

HULU LANGAT - Dua pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka bagi menempatkan mangsa banjir di Kampung Bangi dan Bangi Lama pada Ahad.

Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan berkata, Balai Raya KKI dan Tabika Perpaduan di Bangi Permai dibuka bagi menempatkan mangsa dengan anggaran 120 buah rumah terjejas.

Bagaimanapun menurutnya, dua PPS tersebut terlalu kecil dan perbincangan diadakan supaya membuka PPS di Sekolah Kebangsaan (SK) Bangi.

"Alhamdulillah, maklumat diterima bahawa satu PPS yang lebih besar akan dibuka di SK Bangi," katanya menerusi kenyataan di Facebook pada Ahad.

Pada Ahad, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar memaklumkan operasi memindahkan mangsa bermula jam 4.30 pagi selepas pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada MERS999.

Syahredzan (tiga dari kanan) meninjau lokasi kejadian.
Syahredzan (tiga dari kanan) meninjau lokasi kejadian.

Syahredzan berkata, beliau telah ke lokasi untuk meninjau keadaan selepas mendapat maklumat mengenai kejadian tersebut.

Beliau berkata, telah diberi taklimat oleh pihak keselamatan serta agensi mengenai situasi terkini dengan ramai penduduk telah dikeluarkan dari kawasan banjir, walaupun ada yang enggan berbuat demikian.

Artikel Berkaitan:

"Buat masa ini, saya belum dapat info lengkap mengenai punca berlakunya banjir yang agak teruk kali ini.

"Anggaran bahawa banjir ini melibatkan lebih kurang 120 buah rumah. Semoga mereka tabah menghadapi dugaan ini, " katanya.