Banjir landa beberapa kawasan di Sepang

Beberapa jalan utama di sekitar kawasan Sepang dinaiki air susulan banjir pada Ahad. - Sumber FB Sepang Viral
Beberapa jalan utama di sekitar kawasan Sepang dinaiki air susulan banjir pada Ahad. - Sumber FB Sepang Viral
A
A
A

SEPANG - Seramai 255 individu melibatkan 67 keluarga ditempatkan di empat pusat pemindahan sementara (PPS) susulan banjir yang melanda beberapa kawasan di Sepang pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, keseluruhan jumlah mangsa terlibat itu berdasarkan statistik terkini yang direkodkan kira-kira jam 8.15 malam.

"Kesemua mangsa kini ditempatkan di Dewan Orang Ramai Dengkil, Dewan Orang Ramai, Taman Gemilang; Dewan Orang Ramai Kampung Dato Ahmad Razali dan Dewan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Jenderam Hilir.

Wan Kamarul Azran
Wan Kamarul Azran

"Dewan Orang Ramai Kampung Dato Ahmad Razali melibatkan 104 mangsa, Dewan Komuniti Taman Gemilang (49) dan Dewan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Jenderam Hilir(102), manakala mangsa yang ditempatkan di Dewan Orang Ramai Dengkil masih dalam bancian," katanya menerusi kenyataan pada Ahad.

Katanya, keadaan banjir masih terkawal dan orang ramai dinasihatkan agar sentiasa mengikut arahan pihak berkuasa.

Antara rumah penduduk yang dinaiki air pada Ahad. - Sumber FB Sepang Viral
Antara rumah penduduk yang dinaiki air pada Ahad. - Sumber FB Sepang Viral

"Segera berpindah sebaik sahaja menerima arahan selanjutnya.

Artikel Berkaitan:

"Keadaan air di beberapa kawasan didapati semakin surut dan nasihat saya kepada masyarakat agar sentiasa menjaga keselamatan diri," katanya.

Hujan lebat berterusan sejak malam Sabtu mengakibatkan beberapa kawasan rendah dinaiki air selain paras air sungai utama menunjukkan trend menaik.

Antara kawasan yang terjejas dalam kejadian banjir di sekitar Sepang pada Ahad. - Sumber FB Sepang Viral
Antara kawasan yang terjejas dalam kejadian banjir di sekitar Sepang pada Ahad. - Sumber FB Sepang Viral