Jurulatih seni bela diri diberkas disyaki cabul kanak-kanak

Seorang tenaga pengajar diberkas dipercayai terlibat dalam beberapa kes cabul melibatkan kanak-kanak perempuan di sebuah pusat seni mempertahankan diri di Shah Alam pada Jumaat. (Gambar kecil: Mohd Iqbal)
Seorang tenaga pengajar diberkas dipercayai terlibat dalam beberapa kes cabul melibatkan kanak-kanak perempuan di sebuah pusat seni mempertahankan diri di Shah Alam pada Jumaat. (Gambar kecil: Mohd Iqbal)
A
A
A

SHAH ALAM - Seorang tenaga pengajar diberkas dipercayai terlibat dalam beberapa kes cabul melibatkan kanak-kanak perempuan di sebuah pusat seni mempertahankan diri dekat sini pada Jumaat.

Suspek berumur 20 tahun yang juga pelajar sebuah kolej swasta itu dipercayai terlibat dalam kejadian yang berlaku sekitar bulan September hingga Oktober lalu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, laporan sebelum ini dibuat oleh salah seorang ibu mangsa kira-kira jam 1.53 petang, Khamis lalu.

"Mangsa pertama merupakan seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun mendakwa telah dicabul oleh suspek semasa berada di dalam tandas di pusat mempertahankan diri berkenaan.

"Setakat ini pihak polis telah menerima empat laporan polis berkaitan dengan kejadian yang sama dan melibatkan mangsa yang berbeza," katanya menerusi kenyataan pada Sabtu.

Katanya, siasatan lanjut mendapati kesemua mangsa terdiri daripada kanak-kanak perempuan yang berumur antara tujuh hingga sembilan tahun.

"Suspek dipercayai telah berkhidmat sebagai tenaga pengajar seni mempertahankan diri sejak setahun lalu.

"Suspek kini direman empat hari bagi siasatan lanjut berkaitan kejadian," katanya.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

"Mana-mana individu yang mempunyai maklumat berkaitan kes ini boleh tampil menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

"Selain itu, sebarang maklumat berkaitan boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat Inspektor Muhammad Naqiuddin Nawawi di talian 012-3848103," katanya.