Cabul kanak-kanak: Reman pengajar seni mempertahankan diri disambung

Laporan Sinar Harian pada Sabtu.
Laporan Sinar Harian pada Sabtu.
A
A
A

SHAH ALAM - Seorang pengajar seni mempertahankan diri yang ditahan kerana disyaki mencabul empat kanak-kanak perempuan, disambung reman selama tiga hari.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, sambungan reman terhadap lelaki berusia 20-an itu dibenarkan Mahkamah Majistret, di sini pada Isnin.

"Suspek sebelum ini direman empat hari bermula Jumaat lalu hingga hari ini, reman disambung selama tiga hari lagi sehingga Khamis ini,” katanya ringkas ketika dihubungi, pada Isnin.

Pada Sabtu, Sinar Harian melaporkan, lelaki itu ditahan jam 4 petang Khamis lalu di sebuah pasar raya di daerah ini selepas menerima laporan daripada ibu seorang kanak-kanak perempuan berusia 9 tahun.

Polis membuka empat kertas siasatan berkaitan kes itu dan kesemua kanak-kanak perempuan itu berusia antara 7 hingga 9 tahun.

Kesemua kejadian cabul itu berlaku sekitar September hingga Oktober tahun lalu dengan kes disiasat mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!