Cabul kanak-kanak: Polis buka empat kertas siasatan

Laporan Sinar Harian pada Sabtu.
Laporan Sinar Harian pada Sabtu.
A
A
A

SHAH ALAM - Polis membuka empat kertas siasatan berkaitan kes cabul melibatkan beberapa kanak-kanak perempuan di sebuah pusat mempertahankan diri dekat sini, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, siasatan lanjut berkaitan kes itu masih lagi dijalankan.

"Setakat ini beberapa saksi termasuk ibu bapa kesemua mangsa terlibat telah dirakam keterangan bagi membantu siasatan.

"Empat kertas siasatan dibuka setakat ini bagi siasatan lanjut di bawah Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017," katanya menerusi kenyataan pada Ahad.

Sebelum ini media melaporkan seorang tenaga pengajar berusia 20-an diberkas selepas polis menerima aduan daripada salah seorang ibu mangsa.

Mangsa terdiri daripada kanak-kanak perempuan yang berumur antara tujuh hingga sembilan tahun dan perbuatan itu dilakukan di dalam tandas pusat tersebut di antara bulan September dan Oktober lalu.

Artikel Berkaitan: