Polis cari Mohd Arifin

Gambar suspek yang dikehendaki polis. - Foto Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman
Gambar suspek yang dikehendaki polis. - Foto Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman
A
A
A

KEMAMAN - Polis meminta kerjasama orang ramai membantu mengesan seorang lelaki untuk siasatan kes di bawah Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Hanyan Ramlan berkata, lelaki dikenali Mohd Arifin Syafie, 56, beralamat terakhir di Kampung Gong Pauh dekat sini.

"Kita memohon bantuan orang ramai untuk mengesan suspek untuk siasatan kes di bawah Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Sabtu.

Beliau berkata, orang ramai dan mana-mana pihak yang mempunyai maklumat mengenai lelaki berkenaan diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Mohamad Azmi Abdul Aziz di talian 014-5451969 atau balai polis berhampiran.

Artikel Berkaitan: