Bayi lelaki kritikal, JKM bertindak sita taska

Zulkifli meletakkan pita di premis taska di Taman Pertam Jaya di Melaka, pada Khamis.
Zulkifli meletakkan pita di premis taska di Taman Pertam Jaya di Melaka, pada Khamis.
A
A
A

MELAKA - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Melaka mengeluarkan notis sita (LAK) terhadap sebuah taman asuhan kanak-kanak (Taska) di Taman Pertam Jaya yang dipercayai terbabit dalam kejadian bayi lelaki mengalami pendarahan otak.

Pengarah JKM Melaka, Zulkifli Hanifah berkata, tindakan itu diambil selepas siasatan yang dijalankan mendapati taska yang baru berpindah Ogos lalu di rumah teres berkembar itu tidak berdaftar.

Menurutnya, pemilik taska gagal mendaftarkan taska berkenaan di bawah JKM dan merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 6(1) Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984.

Katanya, kegagalan pihak taska mengemukakan bukti atau perakuan pendaftaran kepada JKM selepas tempoh 21 hari dari tarikh sitaan, membolehkan pihaknya mengambil tindakan lanjut.

"Taska terbabit sebelum ini beroperasi di lokasi lain dan berdaftar pada tahun 2021, namun selepas berpindah ke lokasi baharu mereka tidak mendaftarkan operasi taska.

"Mereka boleh dikenakan kompaun atau didakwa kerana gagal mengemukakan perakuan pendaftaran, lebih-lebih lagi bayi lelaki itu dilaporkan kritikal dan menerima rawatan di unit rawatan rapi hospital," katanya ketika dihubungi di sini, pada Khamis.

Zulkifli (empat dari kiri) bersama staf JKM Melaka selepas menyita taska di Taman Pertan Jaya.
Zulkifli (empat dari kiri) bersama staf JKM Melaka selepas menyita taska di Taman Pertan Jaya.

Sinar Harian pada Rabu melaporkan seorang bayi lelaki berusia setahun sembilan hari kritikal akibat pendarahan di kepala selepas didakwa tidak sedarkan diri ketika berada di taska itu pada Selasa.

Artikel Berkaitan:

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, ibu bapa kanak-kanak berkenaan dihubungi pemilik taska melalui aplikasi WhatsApp kira-kira jam 9.30 pagi dan diminta segera mengambil mangsa.

Menurutnya, individu terbabit memaklumkan kepada pasangan suami isteri itu bahawa anak kedua daripada dua beradik itu secara tiba-tiba diserang sawan ketika dimandikan.