Enam lelaki ditahan, tak sempat seludup diesel RM1.2 juta

Rohaizan menunjukkan gambar lori tangki yang melakukan pemindahan diesel ketika serbuan di sebuah premis di Bukit Kayu Hitam pada Rabu.
Rohaizan menunjukkan gambar lori tangki yang melakukan pemindahan diesel ketika serbuan di sebuah premis di Bukit Kayu Hitam pada Rabu.
A
A
A

GEORGE TOWN - Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Satu berjaya mematahkan aktiviti penyeludupan minyak diesel ke negara jiran selepas menahan enam lelaki di sebuah premis di kawasan Perindustrian Bukit Kayu Hitam, Kedah semalam.

Timbalan Komander PPM Wilayah Satu, Superintenden Rohizan Mohamad Saaid berkata, kejayaan itu hasil daripada operasi yang dilakukan Unit Risikan Marin Kuala Kedah/ Perlis pada jam 7.30 pagi yang turut merampas minyak diesel di dalam empat lori tangki bernilai RM1.2 juta.

Menurutnya, kesemua yang ditahan berusia 23 hingga 60 tahun termasuk dua warga Thailand.

"Hasil siasatan mendapati sindiket ini aktif dalam kegiatan penyeludupan diesel rentas sempadan sejak empat bulan lalu dan lima lelaki yang ditangkap merupakan pemandu lori tangki.

Lori tangki yang digunakan untuk menyeludup diesel ke negara jiran.
Lori tangki yang digunakan untuk menyeludup diesel ke negara jiran.

"Siasatan juga mendapati lori-lori kecil milik orang tempatan akan digunakan untuk mengisi diesel di stesen minyak sekitar Perlis dan Kedah sebelum ia dipindahkan ke dalam lori tangki syarikat tempatan.

"Kemudian lori tangki itu akan dipandu ke sebuah premis yang terletak kira-kira lima kilometer dari pintu sempadan sebelum bahan api itu dipindah ke lori tangki negara jiran,” katanya pada sidang akhbar di PPM Wilayah Satu di Batu Uban di sini pada Khamis.

Mengulas lanjut, Rohizad berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan diesel itu dipindah masuk ke lori tangki negara jiran bagi memudahkan proses keluar masuk di pintu sempadan.

Artikel Berkaitan:

Katanya, siasatan masih diteruskan bagi mengesan penglibatan orang lain dalam kes ini.

Sindiket ini aktif dalam kegiatan penyeludupan diesel rentas sempadan sejak empat bulan lalu.
Sindiket ini aktif dalam kegiatan penyeludupan diesel rentas sempadan sejak empat bulan lalu.

"Kes diserahkan pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) untuk tindakan lanjut dan disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961," katanya.