KKR perkenal program Sandbox Infrastruktur Jalan Pintar

Alexander Nanta Linggi (tengah) bersama sebahagian penerima anugerah dan sijil selepas majlis penyampaian Sijil Kompetensi Teknikal JKR 2023 di CREaTE, di Alor Gajah, pada Khamis.
Alexander Nanta Linggi (tengah) bersama sebahagian penerima anugerah dan sijil selepas majlis penyampaian Sijil Kompetensi Teknikal JKR 2023 di CREaTE, di Alor Gajah, pada Khamis.
A
A
A

ALOR GAJAH - Program Sandbox Infrastruktur Jalan Pintar yang akan diperkenalkan Kementerian Kerja Raya (KKR) akan menjadi platform integrasi teknologi, kajian pembinaan dan penyelenggaraan jalan dapat dilaksanakan secara inklusif di seluruh negara.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, ia selaras dengan inisiatif kempen MYJalan dan hasrat kerajaan untuk memperkasakan Revolusi Industri 4.0 (IR4.0) menerusi penerapan teknologi tinggi dan efisien.

Menurut beliau, ia juga merupakan salah satu kaedah untuk KKR menyemai dan mengumpulkan pelbagai idea, tenaga dan sebagainya supaya semua teknologi sedia ada itu boleh dipertingkatkan dalam industri pembinaan negara.

"Sekarang ini masih dalam proses kita terima idea, memang untuk kita pertingkatkan keberkesanan.

"Tentulah (Sandbox) kita akan libatkan pemain-pemain industri kontraktor kelas G1, G4, dan sebagainya, pemaju-pemaju lebuh raya serta syarikat konsesi," katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar selepas menyempurnakan penyampaian Sijil Kompetensi Teknikal Jabatan Kerja Raya (JKR) 2023 di Dewan Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi (CREaTE), di sini, pada Khamis.

Hadir sama, Ketua Pengarah JKR, Datuk Ahmad Redza Ghulam Rasool dan Pengarah Kanan CREaTE, Ir. Mohd Shahrom Ahmad Saman.

Ujar beliau, program itu juga dijangka mendapat manfaat seramai 33.4 juta penduduk negara hasil inisiatif inovasi daripada kepakaran dan pengetahuan KKR serta semua agensi di bawahnya.

Artikel Berkaitan:

"Kita mahu ia dapat menjadi strategi asas di mana dalam agensi lain dalam KKR ada satu kaedah yang lebih sinergi melibatkan semua pemain industri," katanya lagi.

Dalam pada itu, seramai 383 orang penerima terpilih menerima sijil dan anugerah sempena program pensijilan berkenaan.