Arab Saudi mampu jadi tuan rumah terbaik Piala Dunia - Eddie Howe

Eddie Howe
Eddie Howe
A
A
A

PENGENDALI Newcastle United, Eddie Howe menjangkakan Piala Dunia di Arab Saudi berlangsung dengan baik selepas The Magpies berkunjung ke negara tersebut sebelum ini.

Dengan Australia memutuskan tidak memasukkan bidaan menjadi tuan rumah Piala Dunia 2034, Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dijangka mengumumkan Arab Saudi, negara yang satu-satunya menawarkan diri menganjur temasya besar bola sepak itu.

Newcastle, yang majoritinya dimiliki Public Investment Fund (PIF) Arab Saudi, mempunyai pengalaman secara langsung ketika menjalani sesi pramusim di sana sebelum ini.

“Perjalanan kami ke Riyadh dan Jeddah adalah dua pengalaman berbeza. Ke mana-mana sahaja kami pergi tersusun dengan baik, kami dijaga dengan baik.

"Jika itu petanda rupa Piala Dunia, dari segi struktur ia akan menjadi sangat bagus,” kata Howe.

Artikel Berkaitan: