Jeddah tuan rumah Piala Dunia Kelab 2023

Jeddah akan menjadi tuan rumah Piala Dunia Kelab 2023 Disember depan. Foto Agensi.
Jeddah akan menjadi tuan rumah Piala Dunia Kelab 2023 Disember depan. Foto Agensi.
A
A
A

BANDAR Jeddah, Arab Saudi dipilih sebagai tuan rumah Piala Dunia Kelab 2023 yang akan berlangsung hujung tahun ini.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) pada Isnin.

Keputusan itu dibuat susulan lawatan delegasi FIFA ke Jeddah minggu lalu untuk menilai persiapan menjelang kejohanan tersebut.

"Jeddah dengan kemudahan terkini dan reputasinya untuk menganjurkan acara sukan antarabangsa utama dipilih sebagai bandar tuan rumah bagi Piala Dunia Kelab FIFA," kata Presiden SAFF Yasser Al Misehal.

Kejohanan itu yang dijadualkan berlangsung dari 12 hingga 22 Disember akan diadakan di Arab Saudi buat kali pertama.

Ia seperti yang diumumkan sebelum ini pada Februari.

Piala Dunia Kelab edisi 2023 akan menjadi yang terakhir dalam format semasa.

Pertandingan tahunan dengan tujuh pasukan - akan dihentikan sebelum ditambah kepada 32 pasukan yang kali pertama diadakan di Amerika Syarikat pada 2025.