Australia tolak tawaran bida anjur Piala Dunia FIFA 2034

Arab Saudi menyatakan minat menjadi tuan rumah selepas Australia menolak tawaran untuk membida menjadi tuan rumah kejohanan Bola Sepak Piala Dunia 2034 - Foto Reuters
Arab Saudi menyatakan minat menjadi tuan rumah selepas Australia menolak tawaran untuk membida menjadi tuan rumah kejohanan Bola Sepak Piala Dunia 2034 - Foto Reuters
A
A
A

AUSTRALIA menolak tawaran untuk membida menjadi tuan rumah kejohanan Bola Sepak Piala Dunia 2034, menjadikan Arab Saudi sebagai negara tunggal menyatakan minatnya untuk menganjurkan kejohanan itu, lapor PA Media/dpa.

"Setelah mengambil kira semua faktor, kami membuat keputusan untuk tidak membida menjadi tuan rumah Piala Dunia FIFA 2034," menurut kenyataan Football Australia.

Bagaimanapun, Football Australia merancang menganjur Bola Sepak Wanita Piala Asia Wanita pada 2026, diikuti kejohanan Piala Dunia Kelab FIFA 2029.

Penganjuran Piala Dunia Wanita 2023 dan Sukan Olimpik 2032 di Brisbane akan melengkapkan "dekad keemasan bola sepak Australia".

Arab Saudi menyatakan minat menjadi tuan rumah beberapa jam selepas FIFA mengumumkan proses untuk 2034 dengan kejohanan itu ditetapkan berlangsung di konfederasi Asia atau Oceania. - Bernama

Artikel Berkaitan: