ACLE: JDT alami kekalahan pertama di tangan Jeonbuk

KUALA LUMPUR - Johor Darul Ta’zim (JDT) mengalami kekalahan pertama dalam kempen Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) selepas tewas 0-2 kepada kelab Korea Selatan, Jeonbuk Hyundai Motors FC di Stadium Piala Dunia Jeonju hari ini.
Tuan rumah membuka jaringan pada minit ke-22 menerusi Bruno Mota yang berjaya menyudahkan peluang untuk meletakkan Jeonbuk di hadapan.
Jeonbuk mengukuhkan kedudukan sebelum tamat separuh masa pertama menerusi sepakan penalti Italo untuk mendahului 2-0.
Ketinggalan dua gol, JDT cuba bangkit sebaik permainan bersambung pada babak kedua, namun gagal menembusi benteng pertahanan tuan rumah.
Jeonbuk mempertahankan kelebihan dua gol itu hingga wisel penamat sekali gus menyaksikan JDT mengalami kekalahan pertama dalam kempen saingan kelab utama Asia itu.
Keputusan berkenaan menyaksikan JDT kini menduduki tangga ketujuh liga dengan tujuh mata selepas empat perlawanan. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
