MKM lancar pelan strategik lima tahun

Mohd Khairi (kanan) dan Ketua Pegawai Operasi MKM, Nik Shazni Farhan Nik Mohammad Shah bergambar bersama logo baharu MKM.
Mohd Khairi (kanan) dan Ketua Pegawai Operasi MKM, Nik Shazni Farhan Nik Mohammad Shah bergambar bersama logo baharu MKM.
A
A
A

MKM Ticketing Travel and Tour Sdn Bhd (MKM) melancarkan pelan strategik dalam tempoh lima tahun bermula 2024 hingga 2028 untuk muncul sebagai pengendali umrah, haji dan pakej pelancongan muslim terbesar di Malaysia.

Pengerusinya, Datuk Seri Mohd Khairi Mat Jahya berkata, MKM telah memperuntukkan sebanyak RM250,000 bagi pembukaan lima cawangan baharu di Kelantan, Pulau Pinang, Johor, Kedah dan Pahang.

“Ketika mula ditubuhkan pada tahun 2011, persediaan syarikat tidak menyeluruh tapi kini kami sudah bersedia sepenuhnya dengan pasukan yang kuat dan berpengetahuan serta pengurusan lebih baik.

“Selain pembukaan cawangan baharu, pihak pengurusan juga akan menambah bilangan ejen kepada 200 orang berbanding lebih 80 orang yang aktif pada masa ini termasuk di Sabah dan Sarawak,” katanya dalam satu kenyataan baru-baru ini.

Dalam pada itu, beliau memberitahu bahawa MKM turut memperkenalkan logo baharu bagi menaikkan imej korporat syarikat supaya lebih dikenali bukan sahaja di Malaysia malah di peringkat antarabangsa.

Sementara itu, Pengarah Strategik MKM, Abdul Hadi Abdul Raman berkata, pengenalan logo baharu itu bagi mencerminkan komitmen syarikat untuk terus berkembang.

Abdul Hadi
Abdul Hadi

Jelasnya, ‘sayap’ pada logo itu merujuk kepada usaha dan kesungguhan syarikat untuk terbang dengan lebih tinggi.

Artikel Berkaitan:

Pada masa sama, beliau memaklumkan, pihak pengurusan menyasarkan untuk mengendalikan sebanyak 80,000 jemaah umrah dengan peningkatan 50 peratus dalam bilangan jemaah haji atau 1,000 jemaah terpilih.

Menurutnya, pihak syarikat menyasarkan penjualan tiket dan pelancongan muslim sebanyak RM50 juta pada tahun 2028.

“Berdasarkan pengalaman lalu, saya percaya sasaran yang ditetapkan dalam pelan berkenaan boleh dicapai dengan jayanya.

“Bagi tahun ini sahaja, syarikat pelancongan (MKM) sudah mencatat jualan RM20 juta bagi jualan tiket dan pelancongan Muslim,” ujarnya.

Tambahnya, beliau percaya MKM mampu untuk muncul sebagai sebuah agensi pelancongan yang berprestasi tinggi dan dipercayai termasuk di peringkat antarabangsa.

Abdul Hadi berkata, dalam pelan berkenaan juga MKM turut menumpukan kepada pengukuhan jalinan strategik dengan pihak berkepentingan lain termasuk pembekal, pengendali hotel dan syarikat penerbangan.

“Kami mahu menawarkan pengalaman yang luar biasa kepada semua pelanggannya melalui perkhidmatan yang jujur, amanah dan profesional melalui nilai teras dikenali sebagai PRIME.

“Pelanggan yang menjadikan sebagai MKM pilihan mereka akan menikmati penginapan terbaik, perjalanan lancar, pengurusan cekap, penawaran harga berpatutan, efisien serta diberikan juga pilihan,” jelasnya.