Kaki budak tersangkut dalam lubang tandas

Anggota bomba mengeluarkan kaki kanak-kanak yang tersangkut dalam dalam lubang tandas.
Anggota bomba mengeluarkan kaki kanak-kanak yang tersangkut dalam dalam lubang tandas.
A
A
A

KAJANG - Seorang kanak-kanak lelaki warga Indonesia berusia sembilan tahun terpaksa menahan sakit kira-kira 30 minit apabila kaki kirinya tersangkut dalam lubang tandas rumahnya di Jalan Cheras Batu 12, Sungai Sekamat di sini pada Selasa.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 12.23 tengah hari.

"Seramai lima anggota dan pegawai bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kajang bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan itu.

“Setibanya di lokasi, kita mendapati kaki kiri kanak-kanak itu tersangkut di dalam lubang tandas," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Ahmad Mukhlis berkata, pihaknya bertindak memecahkan tandas tersebut untuk menyelamatkan kanak-kanak itu.

"Kita berjaya mengeluarkan kaki kanak-kanak terbabit pada jam 12.50 tengah hari,” katanya.

Artikel Berkaitan: