Trofi Gerd Muller milik Haaland

Haaland dinobatkan sebagai penjaring gol terbanyak. - Foto EPA
Haaland dinobatkan sebagai penjaring gol terbanyak. - Foto EPA
A
A
A

ERLING Haaland dianugerahkan trofi Gerd Muller 2023 semasa majlis Ballon d'Or untuk musim debut luar biasanya bersama kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester City.

Penyerang Norway itu menjaringkan 36 gol sepanjang saingan musim 2022/23 ketika memacu The Citizens kendalian Pep Guardiola tersebut memenangi kejuaraan liga utama serta Liga Juara-Juara dan Piala FA.

Malah Haaland yang menyertai City dari kelab Bundesliga Jerman, Borussia Dortmund juga melabuhkan kempen dengan 52 gol dalam semua pertandingan.

“Ini tugas saya (menjaringkan gol), sebab itu saya di sini. Itu adalah kepakaran saya.

“Jika anda bertanya apa yang dimahukan, saya sentiasa 'dahagakan' gol. Saya berdiri di sini dan akan terus berusaha memburu gol.

“Satu perasaan yang amat menakjubkan dan saya mengalaminya beberapa kali musim lalu (gembira membantu City menjuarai trofi). Saya mahu menikmati rasa sama musim ini dan musim-musim berikutnya," katanya.

Sebagai rekod, kategori itu sebelum ini menjadi milik Robert Lewandowski pada 2021 dan 2022 apabila dinamakan Penyerang Terbaik.

Ketibaan Haaland di Stadium Etihad memberi impak besar kepada City dengan prestasi jaringan golnya yang luar biasanya menyaksikan berusia 23 tahun itu juga dinobatkan sebagai pencabar terdekat kepada Lionel Messi untuk anugerah Ballon d'Or.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Kylian Mbappe (Paris Saint-Germain/Perancis) menamatkan saingan sebagai kedua diikuti Harry Kane (Tottenham Hotspur/Bayern Munich/England) ketiga.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!