Korban kanak-kanak di Gaza atasi jumlah di zon konflik sejak 2019

Orang ramai memindahkan mangsa yang cedera di bandar Rafah di selatan Semenanjung Gaza pada 23 Oktober lalu berikutan serangan pengganas Israel. - Foto Xinhua
Orang ramai memindahkan mangsa yang cedera di bandar Rafah di selatan Semenanjung Gaza pada 23 Oktober lalu berikutan serangan pengganas Israel. - Foto Xinhua
A
A
A

RAMALLAH - Jumlah kanak-kanak yang dilaporkan terbunuh di Semenanjung Gaza dalam tempoh tiga minggu lalu melepasi angka tahunan kanak-kanak yang maut di zon konflik di seluruh dunia sejak 2019.

Badan amal Save the Children berkata, sejak 7 Oktober, lebih 3,257 kanak-kanak Palestin dilaporkan terbunuh, termasuk sekurang-kurangnya 3,195 di Gaza manakala 33 lagi di Tebing Barat.

Selain itu, sekurang-kurangnya 6,360 kanak-kanak di Gaza cedera manakala sekurang-kurangnya 180 lagi di Tebing Barat.

Menurut laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, seramai 2,985 kanak-kanak terbunuh di 24 negara pada 2022, diikuti 2,515 pada 2021 manakala 2,674 lagi pada 2020 di 22 negara.

Pada 2019 seramai 4,019 kanak-kanak dilaporkan maut.

Pertubuhan bukan kerajaan itu dalam satu kenyataan di laman sesawangnya berkata kanak-kanak membentuk lebih 40 peratus daripada jumlah kanak-kanak yang terbunuh di Gaza manakala 1,000 lagi kanak-kanak dilaporkan hilang.

Angka kanak-kanak yang hilang itu dipercayai lebih tinggi kerana kebanyakan mangsa dipercayai masih tertimbus di bawah runtuhan bangunan yang musnah dibom tentera penceroboh. - Bernama

Artikel Berkaitan:
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!